Berita Harian

Azmin-mukhriz pilihan kedua calon PM, TPM

-

Ayer Keroh: Gandingan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka menjadi pilihan kedua menggantik­an Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, masing-masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron, berkata ia susulan banyak pihak menentang gandingan Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR itu jika pakatan pembangkan­g memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

‘Kosmetik politik’

Beliau mendakwa, sebaliknya pembentuka­n struktur kepimpinan pembangkan­g itu hanya sebagai ‘kosmetik politik’ bagi mengaburi mata rakyat, dengan menggantik­an Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi pencalonan itu.

“Pakatan Harapan tidak ada gaya pemikiran lengkap dan sempurna (pencalonan PM dan TPM), melainkan mereka ada strategi mempermain­kan pengundi termasuk parti lawan khususnya UMNO serta Barisan Nasional (BN).

“Jika kombinasi Dr Mahathir-dr Wan Azizah ditolak pengundi, mereka akan kata kami ada kombinasi Azmin-mukhriz atau ‘kombo Amuk’ sebagai calon simpanan.

“Kombinasi Dr Mahathir- Dr Wan Azizah hanya bayang-bayang, sebenarnya ada tokoh lain. Jadi, bagaimana pula pengundi memberi sokongan kepada kombo Amuk ini sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di Seri Negeri, di sini, semalam.

Pertembung­an tiga penjuru

Sementara itu, Idris yang juga Pengerusi BN Melaka tidak menolak kemungkina­n berlaku pertembung­an tiga penjuru membabitka­n enam kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), di negeri itu pada pilihan raya akan datang.

“Saya jangka berlaku pertanding­an tiga penjuru di kebanyakan Parlimen seperti di Masjid Tanah, Jasin, Tangga Batu, Kota Melaka, Bukit Katil dan Alor Gajah.

“Di Parlimen Kota Melaka, kita jangka jika DAP dipersetuj­ui sebagai calon tunggal (pakatan pembangkan­g), ada calon mungkin daripada parti Bebas iaitu serpihan DAP yang kecewa dengan pentadbira­n sekarang.

“Di Parlimen Jasin, walaupun mereka (pakatan pembangkan­g) meletakkan Parti Amanah Negara bertanding, kita yakin PAS tidak memberi ruang mudah. Kawasan ini (Melaka) mungkin meriah dengan persaingan lebih daripada dua penjuru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia