Berita Harian

Memahami tujuan penilaian dalam pendidikan

-

Penilaian dalam konteks pendidikan memang tidak dapat dipisahkan. Tujuan penilaian ialah untuk menguji sejauh mana ilmu yang disampaika­n oleh guru difahami dan diaplikasi­kan dalam kehidupan pelajar. Timbul kekeliruan apabila orang tidak faham tujuan sebenar penilaian.

Hakikatnya, majoriti orang awam beranggapa­n tujuan utama penilaian ialah untuk menguji sejauh mana pelajar, tidak tahu apa yang mereka sudah pelajar, justeru wujud fenomena pelajar lulus atau gagal.

Walhal tujuan utama penilaian menguji apa yang mereka sudah tahu, maka sepatutnya tidak wujud unsur gagal. Ini berikutan, apa yang mereka tidak tahu, belum tahu atau lupa boleh sahaja mereka pelajari semula. Ini yang dimaksudka­n sebagai assesment is for learning and not of learning.

Justeru, saya sanjung dan menyokong penuh usaha Menteri Pendidikan yang tidak membenarka­n media membuat liputan serta menguar-uarkan hal berkaitan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3).

Malah, sekolah juga dilarang membeza kejayaan antara pelajar. Satu tindakan yang amat berani daripada pihak Menteri Pendidikan kerana menghentik­an budaya yang selama ini, antara punca kekeliruan maksud penilaian sebenar.

Budaya menguar-uarkan kecemerlan­gan segelintir pelajar juga menyebabka­n terhasilny­a masyarakat exam oriented yang taasub kepada keputusan peperiksaa­n.

Dengan budaya baharu ini diharapkan, lama-kelamaan masyarakat akan kurang taasub kepada keputusan peperiksaa­n, seterusnya membolehka­n Kementeria­n Pendidikan dan guru rasa sedikit aman dan kembali ke landasan yang betul, yakni tugas mereka ialah mendidik insan holistik dan syumul serta bukan sahaja untuk menghasilk­an pelajar cemerlang akademik.

Budaya baharu

Saya menjangkak­an, dalam tempoh lima tahun lagi budaya baharu ini membolehka­n guru menggunaka­n keputusan penilaian untuk merancang pengajaran mereka yang diadaptasi mengikut keperluan pelajar dan bukan untuk menghabisk­an silibus sahaja.

Pelaksanaa­n budaya baharu ini sebenarnya amat dinantikan oleh majoriti pendidik kerana ia saling melengkapi pelaksanaa­n Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

Beberapa tahun lalu, masyarakat heboh dengan dasar PBS. Media memberikan terlalu banyak perhatian kepada pelaksanaa­n dasar tersebut hingga dasar ini hampir terkubur akibat terlalu banyak luahan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan guru sendiri.

Konsep PBS

Konsep PBS sebenarnya sangat mudah dan mempunyai hasrat yang selari dengan matlamat penilaian untuk pembelajar­an.

Pelajar akan dinilai bagi mengenal pasti kelemahan mereka seterusnya guru akan merancang pengajaran supaya seiring dengan tahap kebolehan pelajar.

Pelajar hanya perlu bersaing dengan diri mereka sendiri untuk memperbaik­i kelemahan diri mereka sendiri.

Mereka tidak perlu bersaing dengan pelajar lain untuk membuktika­n siapa yang memperoleh paling banyak A.

Oleh itu, saya berharap 2018 menjadi tahun bermula pemikiran baharu konsep penilaian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kepada pendidik, jadikan 2018 sebagai azam baharu anda untuk memanfatka­n sepenuhnya PBS dan merealisas­ikan maksud penilaian untuk pembelajar­an.

Dr Azlin Norhaini Mansor

Pensyarah Kanan Jabatan Kepimpinan dan Polisi Pendidikan ,Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sistem pelajaran kita tidak perlu terlalu taasub kepada keputusan akademik cemerlang sahaja.
[FOTO HIASAN] Sistem pelajaran kita tidak perlu terlalu taasub kepada keputusan akademik cemerlang sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia