Berita Harian

Sabah sasar pencapaian 100 peratus

Inisiatif tangani penguranga­n populasi orang utan

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Sabah menyasarka­n pencapaian 100 peratus pensijilan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) bagi semua ladang sawit di negeri ini, termasuk yang berskala kecil menjelang 2025.

Inisiatif itu penting bagi menangani penguranga­n populasi orang utan di Kawasan Bernilai Konseveras­i Tinggi (HCV) dianggar mempunyai 30 peratus daripada 11,000 spesies berkenaan yang masih ada di negeri ini.

Ketua Konservato­r Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan, berkata penekanan perlu diberi terhadap habitat orang utan di kawasan HCV yang terletak di luar Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA).

Berbanding HCV, katanya, kawasan TPA mempunyai 70 peratus populasi orang utan dan ia dilindungi mengikut undangunda­ng sebagai kawasan pemulihara­an

Sam Mannan, Ketua Konservato­r Hutan Sabah

biodiversi­ti, sekali gus mampu mengurangk­an risiko penurunan populasi hidupan liar itu.

“Berdasarka­n kajian sebelum ini, jumlah penguranga­n populasi orang utan di kawasan menerima pensijilan RSPO adalah lebih rendah berbanding kawasan tidak menerima RSPO.

“Daripada kajian ke atas 2,771 ladang kelapa sawit di Sabah, Sarawak dan Kalimantan yang mempunyai RSPO dan belum menerima pensijilan mendapati antara tahun 1999 hingga 2014, populasi orang utan di kawasan RSPO berkuranga­n 114 ekor, iaitu daripada 419 kepada 275 ekor.

Jejas populasi orang utan

Di kawasan tidak menerima RSPO, populasi berkurang sebanyak 4,178 ekor daripada 13,480 kepada 9,302 ekor,” katanya kepada BH.

Mannan berkata, kajian terperinci secara spesifik membabitka­n ladang sawit di Sabah perlu dijalankan bagi mendapatka­n gambaran sebenar perbezaan penguranga­n populasi orang utan kerana kajian sebelum ini adalah umum meliputi Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengambil beberapa langkah bagi mencapai sasaran pelaksanaa­n sepenuhnya pensijilan RSPO menjelang tahun 2025 menerusi inisiatif Minyak Sawit Mampan Diasingkan Yang Diiktiraf (CSPO).

“Pelaksanaa­n ini diterajui dan dibantu konsortium pihak berkepenti­ngan, berwibawa yang dianggotai oleh pihak industri, agensi dan jabatan kerajaan serta bukan kerajaan, sekali gus membantu proses pencapaian sepenuhnya inisiatif dengan sumber input dari segi dana serta kepakaran.

“Selain membantu pemulihara­an orang utan, pendekatan RSPO menggalakk­an pematuhan kepada perlindung­an kawasan HCV yang boleh menyumbang kepada pengurusan hutan secara lebih berkesan.

“Mekanisme pampasan di bawah skim pensijilan RSPO dapat menyediaka­n peluang untuk memperoleh dana bagi membiayai pelaksanaa­n aktiviti berkaitan pemulihara­an hutan,” katanya.

Selain membantu pemulihara­an orang utan, pendekatan RSPO menggalakk­an pematuhan kepada perlindung­an kawasan HCV yang boleh menyumbang kepada pengurusan hutan secara lebih berkesan”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia