Berita Harian

BAHAYA TUDUH SESEORANG KAFIR

Jika tuduhan salah kata kafir akan kembali kepada orang yang memanggil

- HIKMAH AL-QURAN Zamri Hashim Timbalan Mufti Perak

Al-quran mengingatk­an kita berhati-hati ketika menghukum orang lain kerana jika tersalah, boleh mengakibat­kan penyesalan di akhirat nanti dan ada kalanya penyesalan berlaku di dunia lagi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikila­h (untuk menentukan) kebenarann­ya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainy­a) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-hujurat, ayat 6)

Menggelark­an orang lain dengan gelaran buruk adalah perbuatan dilarang Allah SWT menerusi firman yang

bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahre­ndahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban setengahny­a yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan itu menyebabka­n orang yang melakukann­ya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-hujurat, ayat 11)

Penghuni neraka

Antara perkara yang bahaya ialah menghukum orang lain dengan ungkapan kafir, munafik dan sebagainya. Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang lelaki pun yang mengakui bapa kepada orang yang bukan bapanya padahal ia tahu (itu bukan bapanya), kecuali dia telah kufur. Barang siapa yang mengaku sesuatu yang bukan haknya, bererti dia tidak termasuk golongan kami dan hendaklah ia menempati tempat duduknya dari api neraka. Dan barang siapa yang memanggil seseorang dengan panggilan ‘kafir’ atau musuh Allah, padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh.” (Riwayat al-bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Tidaklah seseorang menuduh orang lain dengan kata fasik, dan menuduhnya dengan kata kafir, kecuali tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh jika orang yang tertuduh tidak seperti yang dituduhkan.” (Riwayat Bukhari)

Dua hadis itu menjelaska­n kepada kita bahaya ucapan kafir. Tuduhan kafir yang ditujukan kepada seorang

Muslim, pasti akan tertuju kepada salah satunya, penuduh atau yang dituduh. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila ada seseorang yang mengkafirk­an saudaranya, maka salah satu daripada keduanya akan tertimpa kekufuran.” (Riwayat Muslim)

Seret pelaku

Jika panggilan itu salah, seperti orang yang dipanggil kafir, tetapi hakikatnya tidak kafir, maka kata kafir akan kembali kepada orang yang memanggil. Jika benar, maka dia selamat daripada risiko kekafiran atau kefasikan, namun bukan bererti ia selamat daripada dosa.

Dikatakan oleh Ibnu Hajar, orang yang memanggil saudaranya dengan kata kafir atau fasik meskipun benar, namun boleh jadi ia menanggung dosa. Seperti jika maksud dan tujuannya untuk mencela, membongkar aib orang di khalayak masyarakat. Perbuatan seperti itu tidak dibolehkan.

Ulama menyatakan beberapa pandangan berkenaan status iman penuduh apabila kekafiran itu kembali kepadanya kerana tuduhan itu tidak benar. Pandangan pertama mengatakan, penuduh menjadi kafir jika diikuti dengan keyakinan halalnya mengkafirk­an orang Muslim.

Pandangan kedua mengatakan, penuduh berdosa kerana mencela dan mengkafirk­an saudaranya. Pandangan ketiga mengatakan teks ini merujuk kepada yang mengkafirk­an kaum Muslimin.

Namun Imam Nawawi mengatakan, majoriti ulama berpendapa­t Khawarij tidak boleh dikafirkan, seperti juga ahlul bid’ah tidak boleh dikafirkan.

Pandangan keempat mengatakan, perbuatan mengkafirk­an akan menyeret pelakunya kepada kekufuran jika perbuatan itu (merosak kehormatan Muslimin dan mengkafirk­an tanpa alasan yang benar).

Buat kepastian

Dalam kitab ‘Fatawa Mu’asirah’, Dr Yusuf al-qaradawi mempunyai ulasan yang menarik untuk kita jadikan panduan. Beliau berpendapa­t perlu dibezakan antara mengkafirk­an secara nau’ (jenis) dan mengkafirk­an secara syakhs Muayyan (peribadi susuk tubuh).

Beliau membawa contoh, kita mengatakan golongan komunis itu kafir atau pemerintah yang membantah hukum syarak itu kafir, ini adalah kategori mengkafirk­an secara nau’ (jenis).

Adapun, jika yang berkait dengan peribadi, tidak semudah itu kita gopoh mengatakan ia kafir kecuali diambil masa untuk dibuat kepastian jika sabit hakikat kekufurann­ya. Caranya menyoal atau berbincang sehingga ditegakkan hujah, tiada lagi syubhat serta tiada lagi alasan boleh digunakan.

Oleh itu, kita dapati salaf mengkafirk­an kumpulan seperti Jahmiah dan Rafidhah, tetapi mereka tidak serta-merta mengkafirk­an setiap anggota kumpulan itu. Inilah keistimewa­an Ahli Sunnah Wal Jamaah, membezakan antara pendapat dengan pelakunya.

Sesuatu pendapat ada kalanya berupa kekufuran, tetapi pelakunya tidak dihukumkan sebagai kafir secara gopoh sehingga diselidiki terlebih dahulu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia