Berita Harian

TAHFIZ KHUSUS PELAJAR PEREMPUAN

Madrasah Hafizah Tamam sasar lahirkan huffaz profesiona­l

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Memandangk­an majoriti madrasah tahfiz dibuka untuk pelajar lelaki dengan sesetengah­nya berkonsep campuran, Madrasah Hafizah Tamam di Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi, Selangor, ditubuhkan khusus untuk pelajar perempuan.

Bermula dengan 10 pelajar pada 2012, sambutan yang diterima semakin menggalakk­an apabila ia kini menempatka­n lebih 40 pelajar berusia antara 10 hingga 18 tahun .

Beroperasi di dua unit rumah teres yang dijadikan asrama dan pusat pengajian, selain pelajar, pengetua, guru, warden dan kakitangan pentadbira­n yang bertugas semuanya terdiri daripada golongan hawa.

Pengetua Madrasah Hafizah Tamam, Nur Husna Mohd Yasin, berkata nama pusat pengajian itu membawa maksud penghafaz alQuran wanita yang sempurna, selari dengan visi mereka membentuk huffaz profesiona­l.

“Ia diasaskan oleh pendakwah bebas, Asni Abu Mansor yang kebetulan ingin menghantar anak perempuann­ya ke sekolah tahfiz, jadi beliau mengambil inisiatif membuka sebuah madrasah khusus untuk pelajar perempuan.

“Tidak dinafikan cabaran mengendali­kan pelajar perempuan lebih berat dan perlukan ketelitian terutama untuk mengawasi pergerakan dan keselamata­n sepanjang pengajian seperti ketika riadah, mereka akan ditemani warden dan tidak dibenarkan keluar bersendiri­an,” katanya.

Kelas prahafalan

Mengulas mengenai corak pengajian, Nur Husna berkata, setiap pelajar baharu diwajibkan menjalani fasa prahafazan al-quran dinamakan Kelas Nazirah bagi memastikan mereka mahir ilmu tajwid dan pada masa sama, memperbetu­lkan sebutan huruf.

Kemudian, pelajar akan dilatih untuk melancarka­n bacaan alQuran sehingga mampu menyelesai­kan sekurang-kurangnya sepuluh juzuk dalam tempoh sehari, supaya mampu khatam dalam tiga hari.

Kebiasaann­ya, Kelas Nazirah berlangsun­g selama beberapa bulan bergantung kepada keupayaan setiap pelajar dan jika mereka melepasi ujian itu, baharulah fasa hafazan al-quran bermula.

Bagi memudahkan proses hafazan, setiap pelajar dibekalkan dengan naskhah al-quran bersaiz besar supaya lebih senang mengenal pasti setiap hukum tajwid dan mengurangk­an kesalahan dalam bacaan.

Pembelajar­an santai

Nur Husna turut memberitah­u, selain hafazan al-quran, pelajar turut didedahkan dengan subjek fardu ain termasuk tauhid, fikah, tajwid dan dua mata pelajaran akademik, iaitu Bahasa Melayu serta Matematik.

Konsep pembelajar­an juga lebih santai, pada hujung minggu diadakan sesi motivasi untuk meningkatk­an semangat pelajar, mereka turut dibawa bersiar-siar serta mengadakan kelas di lokasi berbeza, antaranya di Galeri At-tin milik Asni.

Bagi pelajar yang berminat dalam seni khat, terdapat kelas kaligrafi disediakan oleh guru terlatih pada setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu di galeri sama.

Antara program tahunan yang dijalankan pada akhir tahun adalah percutian yang mana pihak pengurusan membawa pelajar melakukan aktiviti lasak termasuk menyelam di dasar laut di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu.

Nurul Hana Rosmin, Pelajar Madrasah Hafizah Tamam Saya memasuki madrasah ini seawal usia 10 tahun, mulanya sukar untuk sesuaikan diri. Syukur kerana tinggal dua juzuk berbaki”

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL/BH ] ?? Nur Husna (tengah) bersama tenaga pengajar dan pelajar di Madarasah Hafizah Tamam di Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi.
[ FOTO ROSELA ISMAIL/BH ] Nur Husna (tengah) bersama tenaga pengajar dan pelajar di Madarasah Hafizah Tamam di Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi.
 ??  ??
 ??  ?? Pelajar dilatih melancarka­n bacaan sehingga mampu menghabisk­an 10 juzuk sehari dan khatam al-quran dalam tempoh tiga hari.
Pelajar dilatih melancarka­n bacaan sehingga mampu menghabisk­an 10 juzuk sehari dan khatam al-quran dalam tempoh tiga hari.
 ??  ?? Kemudahan di asrama pastikan pelajar selesa.
Kemudahan di asrama pastikan pelajar selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia