Berita Harian

DUA LELAKI DIDAKWA TIKAM, GILIS DI STESEN MINYAK TAMAN PELANGI

Tiada pengakuan direkod sebaik pertuduhan dikemuka

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Dua suspek kes pembunuhan tikam dan gilis di stesen minyak Taman Pelangi di sini, didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam, atas tuduhan membunuh dan bersubahat melakukan jenayah itu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Gan Jia Ji, 19, dan Yip Kah Hou, 23, sejurus pertuduhan dikemukaka­n terhadap mereka di hadapan Majistret, Siti Hajar Ali.

Lima suspek masih bebas

Mengikut pertuduhan, Jia Ji bersama lima suspek yang masih bebas didakwa melakukan pembunuhan Tan Aik Chai, 44, pada jam 7.30 malam di sebuah stesen minyak dekat Taman Pelangi di sini, pada 17 Disember lalu.

Jia Ji dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kah Hou pula didakwa bersama tiga suspek lagi yang masih bebas bersubahat dengan Jia Ji dan lima lagi yang masih bebas melakukan pembunuhan dengan menyebabka­n kematian Aik Chai pada lokasi dan waktu sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala Kah Hou diwakili peguam Chuah Shyue Chien dan Jia Ji tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 13 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menyerahka­n laporan bedah siasat.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Dua suspek kes pembunuhan kejam di stesen minyak Taman Pelangi dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Dua suspek kes pembunuhan kejam di stesen minyak Taman Pelangi dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia