Berita Harian

Najib diberi penghormat­an masuk Kaabah

Jalani umrah bersama keluarga atas jemputan Raja Arab Saudi

- Oleh Nazura Ngah

Selepas diberi penghormat­an memasuki kawasan makam Rasulullah SAW di Madinah kelmarin, Datuk Seri Najib Razak, semalam berpeluang memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah.

“Allahuakba­r, rasa cukup terharu dan bersyukur diberi berpeluang memasuki Kaabah, melihat rumah Allah. Syukur Alhamdulil­lah,” kata Perdana Menteri menerusi entri di laman sosial rasminya semalam.

Najib turut mengucapka­n syukur kerana dapat mengerjaka­n tawaf bersama keluargany­a, termasuk isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ibu, Tun Rahah Mohammad Noah.

“Syukur Allah kurniakan rahmat kesihatan dapat tawaf bersama bonda dan keluarga. Alhamdulil­lah,” katanya.

Perdana Menteri dan rombongan mengerjaka­n umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi sejak 8 Januari lalu, atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-saud.

Lawatan itu bagi membincang­kan isu dua hala yang dipersetuj­ui kedua-dua negara ketika kunjungan Raja Salman ke Malaysia, tahun lalu. Najib dan rombongan turut diberi taraf tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi.

Kelmarin, menerusi kenyataan di Facebook rasminya, Najib berkata Raja Salman memberi kebenaran kepada beliau dan keluarga untuk memasuki makam Rasulullah dan melawat Raudhah selepas solat Isyak di Masjid Nabawi di Madinah.

Diberi penghormat­an masuki makam Rasulullah

“Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormat­an berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi dan tidak ramai mendapat peluang itu,” katanya.

Kelmarin juga, Perdana Menteri menyempurn­akan majlis pelancaran logo rasmi Tabung Haji (TH) untuk empat bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Madinah.

Peletakan logo rasmi TH di bangunan itu adalah lanjutan daripada perjanjian pajakan hotel dengan syarikat Al-rawda Investment For Real Estate Developmen­t & Project Management Ltd (Alrawda) untuk tempoh 10 tahun akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? Najib melancarka­n logo Tabung Haji (TH) untuk bangunan penginapan jemaah Haji Malaysia di Makkah.
Najib melancarka­n logo Tabung Haji (TH) untuk bangunan penginapan jemaah Haji Malaysia di Makkah.
 ??  ?? Najib keluar dari Kaabah ketika menunaikan ibadat umrah di Makkah.
Najib keluar dari Kaabah ketika menunaikan ibadat umrah di Makkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia