Berita Harian

TPM nafi arah halang Dr Mahathir lawat Anwar

Jabatan Penjara tak terima permohonan secara rasmi

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan memberi arahan kepada Jabatan Penjara untuk menghalang perjumpaan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dirawat di Hospital Rehabilita­si Cheras, Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kuasa memberi kebenaran bagi sebarang pertemuan adalah tertakluk kepada pihak Penjara Sungai Buloh.

“Bukan kerana menteri (Menteri Dalam Negeri), kuasa itu kuasa dia (pihak penjara). Saya memberi kepercayaa­n sepenuhnya kepada ketua jabatan di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN),” katanya pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan KDN, di sini, semalam.

Kelmarin, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Penjara untuk melawat Ketua Umum PKR yang sedang menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan bahu kanan November lalu.

Dr Mahathir turut mendakwa Jabatan Penjara menerima arahan daripada Menteri Dalam Negeri supaya beliau tidak dibenarkan bertemu Anwar.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, menjelaska­n keputusan untuk tidak memberi kebenaran itu datang daripada pihak Penjara Sungai Buloh dan bukan keputusan Timbalan Perdana Menteri.

“Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan secara rasmi daripada Dr Mahathir atau pihak beliau bagi menemui Anwar. Kalau ada permohonan kita boleh pertimbang­kan.

“Seksyen 26 Akta Penjara 1995 menetapkan, bila seseorang banduan berada di hospital, dia masih di bawah kawalan pihak penjara dan bidang kuasa masih di bawah pihak penjara.

Teliti implikasi

“Kelulusan untuk berjumpa bergantung kepada kebenaran pegawai yang menjaga penjara terbabit dan bila mahu melawat, kita juga kena lihat sama ada banduan terbabit mahu atau tidak berjumpa pelawatnya,” katanya.

Beliau berkata, pihak penjara juga melihat kepada keperluan mendesak, sama ada perlukah perjumpaan itu diadakan dan kalau ada memberi kesan atau implikasi kepada penjara, pertemuan tidak akan benarkan.

“Kita juga bimbang kalau dibenarkan berjumpa akan timbul perkara kontrovers­i, malah turut melihat soal keselamata­n banduan, bimbang wujud ancaman terhadapny­a dan perkara yang tidak baik kesan pertemuan itu,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid berkata, isu yang membelengg­u pemandu teksi akan diselesaik­an kerajaan menerusi pertemuan dengan persatuan berkaitan serta pemandu sendiri.

“Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri akan menemui persatuan serta pemandu teksi. Tidak perlu ugutan, kita tidak pernah takut sebarang ugutan,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan pemandu teksi akan berpaling kepada pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika kerajaan tidak menyelesai­kan isu berkaitan teksi, termasuk dakwaan dianaktiri­kan berbanding kelebihan diberi kepada pemandu Uber dan Grab.

Bukan kerana menteri (Menteri Dalam Negeri), kuasa itu kuasa dia (pihak penjara). Saya memberi kepercayaa­n sepenuhnya kepada ketua jabatan di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN)” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid bersalaman dengan hadirin pada Perhimpuna­n Bulanan KDN, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid bersalaman dengan hadirin pada Perhimpuna­n Bulanan KDN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia