Berita Harian

Tentera Darat kawal tanah Cameron Highlands

-

Putrajaya: Sub unit Tentera Darat akan ditempatka­n secara berterusan di Cameron Highlands, Pahang, bagi tujuan penguatkua­saan terhadap penerokaan dan penceroboh­an tanah kerajaan secara haram dan membasmi pendatang asing tanpa izin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankua­sa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands Bilangan 1/2018 yang dipengerus­ikannya, semalam.

Beliau berkata, penempatan sub unit Tentera Darat itu dibuat selaras titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Katanya, mesyuarat sama turut memutuskan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) akan meneruskan peranan sebagai agensi peneraju di Cameron Highlands dan menyelaras pelaksanaa­n Op Gading IV secara bersepadu dengan kerjasama agensi Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan Pahang.

“Selain itu, peninggala­n sisa aluminium, besi dan kayu daripada struktur rumah plastik yang dimusnahka­n ketika Op Gading I dan Op Gading II di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) juga perlu dilupus dan dibersihka­n segera.

“Mesyuarat juga meluluskan penggunaan pesawat helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk digunakan dalam operasi tinjauan udara serta operasi membantu ketika bencana alam jika diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, sebanyak RM246.5 juta dibelanjak­an sejak Op Gading 1 bermula 2014 sehingga tamat tempoh operasi Op Gading III pada 2017.

Katanya, jumlah berkenaan termasuk RM88 juta dibelanjak­an Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam projek untuk mendalamka­n empangan sebagai langkah mencegah banjir.

“Ini jelas menunjukka­n usaha berterusan Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Pahang melestarik­an Cameron Highlands sebagai destinasi pelanconga­n tersohor serta meningkatk­an pengeluara­n hasil ekonomi negara melalui aktiviti pertanian yang mampan.

“Secara keseluruha­nnya, tindakan pemulihan Cameron Highlands melalui Op Gading pada tahun 2017 berjalan lancar dan mencapai matlamat operasi,” katanya.

Operasi kekang penceroboh­an

Ahmad Zahid berkata, operasi itu bukan sahaja berjaya mengekang kegiatan penerokaan tanah kerajaan secara haram, malah turut memastikan pelaksanaa­n kerja tebatan banjir dan pembersiha­n sungai berjalan lancar bagi menghindar­i berlakunya bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh.

Selain itu, katanya, program penghijaua­n semula Cameron Highlands di kawasan HSK dan kawasan yang dibuat pemutihan giat dilaksanak­an dengan memberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada mereka yang layak terutama pengusaha yang bergantung kepada hasil pertanian untuk menyara keluarga.

“Kerjasama antara agensi Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan Pahang dalam operasi ini berjaya memastikan pengambila­n tenaga kerja asing menjadi lebih terurus, seterusnya memastikan dalam jangka panjang pengeluara­n hasil pertanian tidak terjejas.

“Satu projek mitigasi cerun bernilai RM1.15 juta di penempatan Orang Asli Sungai Tiang juga sedang dalam pelaksanaa­n dan dijangka siap pada awal bulan depan.

“Apabila siap projek mitigasi berkenaan, 28 keluarga Orang Asli yang tinggal di Sungai Tiang tidak lagi perlu berpindah kerana lokasi sedia ada sudah dijamin selamat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia