Berita Harian

Daftar Pengurus Harta dilancar

Pindaan akta bolehkan amalan kawal selia aset lebih sempurna

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Wan Noor Hayati Wan Alias

Kerajaan semalam, melancarka­n Daftar Pengurus Harta bagi memastikan amalan pengurusan harta dikawal selia dengan sempurna di negara ini.

Ia susulan pindaan Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 (Akta 242), yang diluluskan pada 17 Oktober 2017 dan diwartakan pada 2 Januari lalu.

Pelancaran disempurna­kan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Noh berkata, pengurusan strata yang dikawal selia dengan sempurna akan membawa kesejahter­aan kepada rakyat dan keyakinan kepada pelabur.

“Sebanyak 16,394 aduan diterima Pesuruhjay­a Bangunan merangkumi aspek pengurusan dan penyelengg­araan harta strata yang jumlahnya kini sekurang-kurangnya 19,000 skim di seluruh negara, membabitka­n 7.5 juta penduduk.

“Pindaan Akta 242 memperuntu­kkan tempoh pemutihan selama setahun bagi pengamal pengurusan harta yang memenuhi syarat untuk terus mendaftar sebagai Pengurus Harta Berdaftar.

“Dua manfaat selepas mendaftar adalah firma tidak perlu menyediaka­n bon RM50,000 untuk sesuatu bangunan kediaman berstrata dan mereka juga diiktiraf sebagai profesiona­l yang menawarkan khidmat mengikut Akta 242,” katanya berucap pada majlis pelancaran yang turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini, semalam.

Sasar 10,000 permohonan

Sementara itu, Noh berkata, kementeria­nnya menyasarka­n 10,000 permohonan baharu Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (Mydeposit) yang dilanjutka­n sehingga Disember ini dengan jumlah permohonan setakat ini sudah mencecah 3,000.

“Kerajaan menerima banyak permohonan tetapi ramai tidak berjaya pada peringkat kelulusan pinjaman perumahan bank. Mydeposit menetapkan syarat utama pemohon mesti lulus pinjaman bank kerana kita bimbang geran diberi tidak digunakan untuk membeli rumah.

“Syarat lain adalah ia mesti permohonan rumah pertama dan bukan jenis rumah subsidi kerajaan seperti rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

“Sejak Mydeposit diperkenal­kan pada 2016, kerajaan sudah membelanja­kan RM500 juta dan ada lagi tambahan peruntukan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 dengan sasaran sejuta rakyat memiliki rumah sendiri,” katanya.

Noh berkata, kementeria­nnya juga memperuntu­kkan RM180 juta tahun ini untuk penyelengg­araan rumah kos rendah dan sederhana di Selangor, iaitu 60 peratus daripada keseluruha­n peruntukan RM300 juta bagi kegunaan itu yang diumumkan dalam Bajet 2018 untuk seluruh negara kecuali Kuala Lumpur.

Bantu penghuni perumahan

“Kos tinggi itu untuk membantu penghuni perumahan berkenaan yang mengalami pelbagai masalah penyelengg­araan dan tidak diurus dengan baik. Dalam tinjauan saya, perumahan kos rendah dan sederhana di Selangor sangat tidak memuaskan.

“Ia termasuk lif rosak, tiada kemudahan membawa jenazah, atap bocor serta cat lusuh.

Bayangkan rumah pangsa 16 tingkat hanya ada dua lif tetapi rosak, lebih teruk situasi ‘jenazah berdiri’ iaitu (mayat) terpaksa diusung dalam keadaan berdiri kerana lif sangat sempit.

“Walaupun projek perumahan itu di bawah kerajaan Selangor, kementeria­n sentiasa membantu demi kepentinga­n rakyat,” katanya.

Sebanyak 16,394 aduan diterima Pesuruhjay­a Bangunan merangkumi aspek pengurusan dan penyelengg­araan harta strata yang jumlahnya kini sekurang-kurangnya 19,000 skim di seluruh negara, membabitka­n 7.5 juta penduduk” Noh Omar, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Johari, Noh dan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmat­an Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta Nordin Daharom pada majlis pelancaran Daftar Pengurus Harta Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta di Kuala Lumpur,...
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Johari, Noh dan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmat­an Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta Nordin Daharom pada majlis pelancaran Daftar Pengurus Harta Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta di Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia