Berita Harian

Ramai belum mohon bantuan musim tengkujuh

-

Kuala Lumpur: Seramai 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah masih belum memohon bantuan musim tengkujuh (BMT).

Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Operasi, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Suarni Sumormo, berkata seramai 500,730 pekebun kecil dan penoreh didaftarka­n dalam pangkalan data BMT dan 483,941 layak memohon bantuan.

Sehingga Selasa lalu, katanya, seramai 325,366 pekebun kecil dan penoreh sudah menerima bantuan bilangan itu termasuk 29,03 orang pekebun yang memiliki kebun belum matang.

“Daripada jumlah yang layak itu, seramai 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah belum membuat permohonan.

“LGM menyeru kepada mereka yang layak tetapi belum memohon supaya segera membuat permohonan, selewat-lewatnya 31 Januari ini,” katanya di sini, semalam.

Suarni berkata, bantuan musim tengkujuh yang diumumkan dalam Bajet 2018 membabitka­n pemberian sebanyak RM200 sebulan, yang akan dibayar pada selama tiga bulan, bermula November 2017 hingga Januari 2017, membabitka­n peruntukan berjumlah RM261 juta.

Kebajikan pekebun kecil

Bantuan bertujuan memastikan kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah terpelihar­a ketika musim tengkujuh.

Katanya, sepanjang musim tengkujuh, tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu paling terkesan kerana pekebun kecil dan penoreh tidak dapat menoreh.

Dengan adanya bantuan ini, ia dapat meringanka­n beban yang ditanggung oleh pekebun kecil dan penoreh getah kerana tidak dapat menoreh dan memperoleh hasil.

Permohonan boleh dilakukan dalam talian di http://bmt.lgm.my/home/applicatio­n.

Permohonan juga boleh dibuat melalui aplikasi telefon pintar LGM bantuan musim tengkujuh yang dimuat naik daripada Google Play Store atau mengisi borang di pejabat LGM wilayah atau negeri.

 ??  ?? Suarni Sumormo
Suarni Sumormo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia