Berita Harian

ADUN akui kos RM305J tak munasabah

-

Georgetown: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang sependapat, bayaran RM305 juta kepada syarikat perunding untuk kajian projek terowong dasar laut di negeri itu, terlalu tinggi serta merugikan jika gagal dilaksanak­an.

ADUN Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin, berkata isu kos kajian kebolehlak­sanaan projek mega yang dibuat dalam bentuk pampasan tanah itu, sebelum ini pernah dibangkitk­an beliau bersama beberapa ADUN termasuk daripada DAP ketika beberapa persidanga­n DUN lalu.

Norlela berkata, perkara itu juga pernah dibawa pada mesyuarat Jawatankua­sa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC) Pulau Pinang, bertujuan menuntut penjelasan lebih terperinci daripada kerajaan negeri.

“Ketika itu, sebagai ahli PAC, kita persoalkan mengapa kos kajian kebolehlak­sanaan projek ini terlalu mahal. Adakah pembayaran yang dibuat itu munasabah dengan kadar kerja yang dilakukan syarikat perunding dilantik.

Anggota PAC persoal

“Malah, anggota PAC, termasuk dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika itu turut mempersoal­kan sama ada kerajaan negeri mengikut garis panduan dan pekeliling berhubung penjimatan kos dikeluarka­n Perbendaha­raan Negeri sebelum memutuskan pembayaran kajian berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

BH semalam, mendedahka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan isu bayaran kepada syarikat perunding untuk melaksanak­an projek terowong dasar laut Pulau Pinang berjumlah RM305 juta, termasuk pertukaran dua lot tanah di Tanjung Tokong sebagai fokus siasatan.

Dua lot tanah terbabit, masingmasi­ng berkeluasa­n 1.49 hektar dan 0.8 hektar, apabila dimajukan nilainya mampu mencecah sehingga RM15 bilion.

Dr Norlela berkata, kerajaan negeri mendakwa bayaran kajian berkenaan dibuat mengikut konsep mengambil 5.5 peratus daripada keseluruha­n kos sesebuah projek, selain mengakui mengikut amalan Institut Jurutera Malaysia (IEM).

“Sedangkan bayaran kos kajian kebolehlak­sanaan projek mega itu boleh dibuat berdasarka­n yuran profesiona­l dan kos pelaburan semula yang dijangka tidak menelan kos terlalu tinggi.

“Malah, kita juga bimbang apa kesudahan ke atas kos yang sudah dilaburkan itu sekiranya hasil akhir kajian berkenaan merumuskan projek berkenaan tidak sesuai dijalankan,” katanya.

Sementara itu, ADUN Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu berkata, isu pembanguna­n projek terowong dasar laut berkenaan hakikatnya tidak dipersetuj­ui ramai ADUN, termasuk dalam kalangan wakil rakyat DAP sendiri.

Persoalan gagal dijawab

“Banyak persoalan gagal dijawab kerajaan negeri termasuk status projek pembanguna­n di atas tanah yang diberikan sebagai pampasan kepada syarikat perunding, sekiranya projek itu tidak diluluskan Kerajaan Pusat,” katanya.

ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, daripada BN, berkata tindakan meneruskan projek berkenaan ketika Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanka­n siasatan, membuktika­n pentadbira­n kerajaan negeri tidak mengambil peduli pandangan rakyat.

“Banyak keraguan yang wujud dalam projek ini. Kita difahamkan kerajaan negeri sudah membayar RM135 juta daripada RM305 juta berkenaan,” katanya.

 ??  ?? Teh Yee Cheu
Teh Yee Cheu
 ??  ?? Norlela Ariffin
Norlela Ariffin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia