Berita Harian

Fakta palsu cubaan ‘halalkan’ darah korban Memali

-

Baling: Dipaksa mengaku suami sendiri sebagai ‘rasul’ selain mengakui status dirinya sebagai pengikut ajaran sesat Ibrahim Libya.

Itu antara fakta palsu yang cuba ditanam ke dalam minda Solehah Husain, 65, yang juga balu kepada arwah Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim Mahmud, sepanjang ditahan mengikut Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA).

Dua bulan tujuh hari tempoh Solehah ditahan selepas tragedi berdarah pada 19 November 1985 di Kampung Memali, di sini, yang mengorbank­an nyawa 14 penduduk kampung termasuk suaminya dan empat anggota polis.

“Walaupun sudah lebih tiga dekad tragedi Memali, tuduhan menyertai ajaran sesat dan mengadakan revolusi untuk menjatuhka­n kerajaan masih terngiangn­giang di telinga saya.

“Sepanjang dua bulan tujuh hari ditahan secara salah melalui ISA pelbagai fakta palsu cuba disumbat ke dalam mulut saya, apa yang dibuat ke atas diri saya, sudah pasti dilalui rakan sekampung yang turut ditahan dan dipaksa mengaku sesuatu yang sebenarnya palsu bagi menghalalk­an tragedi berdarah Memali,” katanya.

Mahu RCI rungkai tragedi

Solehah adalah antara saksi tragedi Memali yang bukan sahaja menyaksika­n sendiri 14 penduduk kampung maut ditembak, manakala berpuluh-puluh cedera ketika melindungi Ibrahim, seorang guru agama yang juga pemimpin PAS, yang turut terkorban.

Justeru, Solehah bersama ramai lagi saksi tragedi Memali menunggu-nunggu Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) Tragedi Memali ditubuhkan, demi merungkai kejadian di sebalik tragedi itu.

Ditanya mengenai pengalaman dalam tahanan, Solehah berkata bukan sahaja dipaksa mengaku suaminya sebagai rasul, pihak berkuasa turut mereka kalimah syahadah

Kami keluarga mangsa tragedi Memali hidup atas keperitan dan dipalit tuduhan ajaran sesat” Solehah Husain, Balu Ibrahim Libya

dengan meletakkan nama Ibrahim Libya menggantik­an tempat Nabi Muhammad SAW sebagai rasul.

“Biarpun cuba diseksa mental, saya hanya berkata yang benar...saya tak salahkan polis yang berada dalam penjara terbabit, kerana mungkin mereka terpaksa melakukann­ya sebab arahan pihak atasan,” katanya.

Solehah pada masa sama menafikan dakwaan penduduk mempunyai senjata api ketika tragedi itu kerana semua senapang patah yang dimiliki penduduk untuk menjaga kebun dari binatang seperti tupai, sudah pun diserahkan kepada pihak berkuasa lima bulan sebelum kejadian.

Pertahanka­n diri

“Penduduk yang mempunyai senapang patah diminta menyerahka­n senjata masing-masing kerana lesen dibatalkan, maka semuanya akur tanpa ada rasa syak.

“Selepas diserahkan kepada polis, penduduk kampung buat kerja seperti biasa dan pada hari kejadian, penduduk hanya menggunaka­n parang, buluh yang dijadikan pagar dan kayu sebagai senjata pertahanan kerana pihak berkuasa cuba merampas hak kami,” katanya.

Solehah berkata, ia sesuatu yang memeritkan apabila lebih 30 tahun terpaksa memendam kenangan pahit menyaksika­n suami dan rakan sekampung maut dalam kejadian itu, selain ramai lagi ditahan seperti pengganas.

“Kami keluarga mangsa tragedi Memali hidup atas keperitan dan dipalit tuduhan ajaran sesat...penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja suatu langkah yang perlu dilakukan sesiapa sahaja yang memimpin kerajaan.

“Kami mahu mereka yang bersalah merasai apa yang kami rasa apabila diperlakuk­an seperti penjenayah sehingga mencemar maruah kami sekeluarga dan penduduk kampung,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia