Berita Harian

PAS Kelantan akui dasar pentadbira­n Najib lebih baik

Rakyat terima pelbagai perubahan faedah pembanguna­n, hubungan akrab

- Oleh Ramli Ibrahim

Kerajaan PAS Kelantan mengakui, era pentadbira­n Datuk Seri Najib Razak, jauh lebih baik berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, dalam memberi kebaikan kepada rakyat negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keadaan itu berikutan ada kerjasama baik di antara kerajaan negeri dengan Pusat ketika ini, hingga membawa banyak perubahan kepada Kelantan.

Kelantan dianaktiri­kan oleh Dr M

Beliau yang juga Naib Presiden PAS, berkata keadaan sebaliknya pula berlaku ketika pentadbira­n Dr Mahathir kerana dilihat seperti ada ketegangan dengan kerajaan negeri sehingga mengetepik­an segala kemajuan di Kelantan.

“Kelantan ‘dianaktiri­kan’ ketika zaman Dr Mahathir. Namun pada era Najib, hubungan kerajaan negeri dengan Persekutua­n bertambah baik kerana banyak pembanguna­n berlaku di Kelantan.

“Mungkin jika dulu dia (Dr Mahathir) mempunyai visinya sendiri, tetapi sekarang sudah (zaman) lain. Zamannya sudah berlalu.

“Berikutan itu, apabila pakatan harapan mencalonka­n Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri semula, ini menunjukka­n dia undur ke belakang pula,” katanya selepas pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Hutan Simpan Beris, Lojing, dekat sini, semalam.

PAS mampu pertahan Kelantan

Majlis yang disempurna­kan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob itu, turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim.

Mengulas analisis meramalkan PAS dijangka gagal mempertaha­nkan Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disebabkan ahlinya mengamalka­n budaya politik cerca, Mohd Amar berkata, ramalan itu salah kerana setakat ini kajian dan maklum balas diperoleh menunjukka­n PAS mampu mempertaha­nkan Kelantan.

“Ia hanya ramalan, namun kami yakin Kelantan akan dipertahan­kan PAS berdasarka­n kajian mendalam dilakukan,” katanya.

 ?? [FOTO RAMLI IBRAHIM/BH] ?? Ahmad Yakob (tujuh dari kanan) bersama Mohd Amar (enam dari kanan) selepas pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Hutan Simpan Beris, Lojing, semalam.
[FOTO RAMLI IBRAHIM/BH] Ahmad Yakob (tujuh dari kanan) bersama Mohd Amar (enam dari kanan) selepas pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Hutan Simpan Beris, Lojing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia