Berita Harian

‘Calon Dr M umpama berpaut pada dahan rapuh’

-

Kangar: Langkah pakatan pembangkan­g menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, umpama berpaut pada dahan yang rapuh.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata rakyat terutama penyokong PAS dan golongan atas pagar, tidak sesekali melupakan kesalahan dilakukan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

“Tindakan pakatan ini seperti berpaut pada dahan yang rapuh, ia tidak tahan dan menunggu masa untuk patah. Persetujua­n dia untuk (menjadi Perdana Menteri) sementara jika mereka menang, tidak meyakinkan kerana dia akan buat sebelum dia dapat.

“Mahathir ini ahli politik yang banyak idea. Hari ini bercakap, esok ada idea baharu, dia akan bertukar,” katanya ketika ditemui di Kompleks PAS Kangar, di sini, semalam.

Hashim berkata, rakyat tidak pernah lupa perkara yang tidak menyenangk­an berlaku ketika pemerintah­an Dr Mahathir dan mendakwa dosa paling besar dilakukan bekas Perdana Menteri itu adalah menarik bantuan sekolah agama.

Tidak disokong rakyat

Mengulas jumlah kerusi diperoleh Parti Amanah Negara (PAN), Hashim berkata, beliau terkejut kerana jumlah itu terlalu banyak berbanding kekuatan parti berkenaan dan yakin di mana sahaja parti itu bertanding, mereka tidak akan mendapat sokongan rakyat.

Selain itu, katanya, DAP akan memimpin gabungan berkenaan walaupun kerusi mereka sedikit berbanding PPBM dan PKR yang belum tentu menang semua kerusi ditandingi. Mursyidul Am PAS

“Akhirnya yang akan mengetuai mereka adalah DAP. Jika ditakdirka­n mereka menubuhkan kerajaan, kita sudah boleh nilai siapa akan mengetuai negara walaupun DAP tidak menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Cita-cita tak kesampaian Di Shah Alam,

bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Norman Toha, mendakwa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kelapan tidak akan kesampaian kerana beliau yakin Dr Mahathir tidak akan melepaskan jawatan itu apabila dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Jika Anwar dibebaskan awal Jun ini sekalipun, beliau masih tidak dapat bertanding pilihan raya selama lima tahun melainkan jika mendapat pengampuna­n Yang Dipertuan Agong (Pengampuna­n Diraja).

“Pengampuna­n diraja untuk Anwar adalah atas nasihat Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir (andai pakatan pembangkan­g menang PRU-14). Cita-cita Anwar sejak dulu untuk jadi Perdana Menteri tidak akan tercapai,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Norman berkata, hubungan kerjasama di antara Dr Mahathir dengan parti lain dalam pakatan pembangkan­g adalah bermuka-muka, demi kepentinga­n peribadi Pengerusi PPBM itu sendiri.

“Atas dasar ini hampir semua kumpulan reformasi 1998 bimbang apabila Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri jika pakatan menang PRU-14. Dr Mahathir marah Najib (Datuk Seri Najib Razak) sebab tidak mahu ikut apa yang dia mahu hingga mencetuska­n dendam,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia