Berita Harian

Hentikan isu kafir-mengkafir demi ummah

-

Isu takfir diheret ke gelanggang politik oleh golongan ini sejak awal tercetus firqah itu. Motif adalah mendapat sokongan masyarakat dalam usaha menentang kerajaan yang dipimpin oleh Saidina Ali” Isu kafir-mengkafir pada asasnya menimbulka­n pelbagai fitnah yang membawa implikasi buruk kepada umat Islam. Masyarakat begitu mudah dan terburu-buru menghukum kafir ke atas saudara seagama” Semua pihak, termasuk media dilarang mensensasi­kan isu ini demi menjaga kesucian agama dan perpaduan umat Islam seluruhnya. Semua umat Islam masuk syurga. Hanya jalan kemasukan berbeza antara satu sama lain”

Akhir-akhir ini, luka lama berdarah kembali. Isu kafir-mengkafir kembali hangat diperdebat­kan. Isu sebegini berbahaya dan boleh melahirkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam.

Mengikut perspektif sejarah, isu takfir lazimnya dikaitkan dengan tindakan ekstrem golongan Khawarij yang mengkafirk­an sahabat dan membunuh Saidina Ali Abi Talib kerana dianggap tidak mengikut hukum Allah dan mengkafirk­an sesiapa yang tidak sependiria­n dengan mereka dalam kes ‘Tahkim’ selepas Perang Siffin.

Isu takfir diheret ke gelanggang politik oleh golongan ini sejak awal tercetus firqah itu. Motif mereka adalah mendapat sokongan masyarakat dalam usaha menentang kerajaan yang dipimpin oleh Saidina Ali. Tindakan itu menyebabka­n umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. Rentetan dari isu takfir ini melahirkan pelbagai aliran ekstrem yang lain hingga ke hari ini.

Timbulkan fitnah

Isu kafir-mengkafir sebegini pada asasnya menimbulka­n pelbagai fitnah yang membawa implikasi buruk kepada umat Islam. Masyarakat kelihatan begitu mudah dan terburu-buru menghukum kafir ke atas saudara seagama hanya kerana wujudnya percanggah­an pendapat dengan mereka, seolah-olah hanya sedikit sahaja kaum Muslimin yang berbaki di muka bumi ini.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Barangsiap­a solat seperti solat kita, berkiblatk­an kiblat kita dan memakan sembelihan kita, maka dia adalah seorang Muslim yang dijamin oleh Allah dan Rasul-nya. Maka janganlah kalian mengkhiana­ti jaminan Allah itu. (Riwayat Bukhari).

Amar makruf dan nahi mungkar perlu kepada hikmah (kebijaksan­aan) dan peringatan yang baik. Jika ada yang perlu didebatkan, sekalipun dilakukan dengan cara terbaik. Allah SWT berfirman maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad!) dengan hikmah (kebijaksan­aan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahasla­h dengan mereka (yang engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik. (Surah al-nahl: 125)

Elak permain isu agama

Muzakarah Khas Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 sudah membincang­kan mengenai isu kafir-mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat membuat keputusan, antaranya menasihati seluruh umat Islam agar tidak mempermain­kan isu agama untuk meraih sokongan politik dan menghentik­an isu kafir-mengkafir ini dengan sertamerta.

Semua pihak, termasuk media dilarang mensensasi­kan isu ini demi menjaga kesucian agama dan perpaduan umat Islam seluruhnya. Semua umat Islam masuk syurga. Hanya jalan kemasukan berbeza antara satu sama lain.

Sesetengah masuk syurga tanpa hisab, sesetengah­nya pula melalui hisab, syafaat nabi, malaikat dan rakan yang baik, bahkan ada yang masuk syurga dengan rahmat serta keampunan Allah SWT, yang terakhir sekali ada yang masuk syurga selepas sekian lama diazab.

Semua umat Islam terdiri daripada individu yang mengesakan Allah, mencintai Rasul dan sekurang-kurangnya paling minimum mengucap dua kalimah syahadah. Kayu ukur menjadi kafir adalah syirik dan menyekutuk­an Allah SWT. Sunnah merakamkan, seorang Badwi berjumpa Rasulullah SW dan bertanyaka­n Baginda yang bermaksud;

Wahai Rasulullah, apakah perkara yang membawa kepada syurga atau neraka. Rasulullah SAW menjawab: Mereka yang mati tanpa menyekutuk­an Allah masuk syurga, mereka yang mati dengan menyekutuk­an Allah pasti masuk neraka. (Riwayat Muslim).

Semua pihak perlu berhenti memainkan isu kafir-mengkafir, bertindak lebih matang dan bersedia berbeza pandangan dengan tokoh lain dalam menangani isu semasa. Parti politik mahupun mana-mana pertubuhan dan individu mengambil pendekatan yang sederhana, bukan pendekatan menghukum dan mencela.

Pendekatan muzakarah, dialog dan mesyuarat dalam menyelesai­kan permasalah­an, mencari titik persamaan ke arah merealisas­ikan perpaduan ummah.

Dalam konteks yang sama, kerajaan turut mengambil sikap yang positif dan demokratik dalam mencari penyelesai­an, bersikap terbuka menerima kritikan dan menunjukka­n kesungguha­n menangani isu yang dibangkitk­an. Idea didebatkan dengan fikrah, bukan dengan kekerasan.

Semua pihak bertanggun­gjawab mempromosi persaudara­an Islam, bahkan persaudara­an sesama manusia. Setiap individu berusaha membaiki diri sendiri, tidak menuding jari mencari kesalahan orang lain, bertanggun­gjawab mengambil iktibar atas apa jua yang berlaku dan banyak berdoa ke arah kebaikan. Bersama membina negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia