Berita Harian

Kewibawaan hakim syariah wanita usah dipertikai

-

Jika dibandingk­an dengan negara Islam lain seperti Sudan dan Indonesia, Malaysia boleh dikira sebagai negara Islam terbaru, termasuk dalam senarai sebagai negara yang mengiktira­f wanita, hakim di Mahkamah Syariah.

Hakim wanita di Mahkamah Syariah di Malaysia mula dilantik pada 2010, bermula di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur yang mencetus pembaharua­n sistem kehakiman syariah tempatan.

Bagaimanap­un, ada juga negeri lain seperti Kelantan yang terlebih dahulu memberi tauliah hakim kepada pegawai syariah wanita untuk mendengar kes di peringkat mahkamah rendah.

Di dalam perbahasan fiqh, ada dua pendapat fuqaha' mengenai hukum wanita menjadi hakim. Ada yang berpendapa­t, hukumnya harus dan sebaliknya. Pendapat berbeza ini disebabkan tiada dalil mengenai pengharama­n atau ketidakbol­ehan wanita untuk menjadi hakim syariah.

Kriteria penting untuk menjadi hakim ialah berilmu pengetahua­n dan bijak untuk memahami dan menyelami kes, selain adil, pandai berbahasa Arab.

Selangor adalah negeri pertama yang melantik wanita menjadi hakim di Mahkamah Tinggi Syariah. Sudah pastinya, pelantikan ini akan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Tidak semestinya, perkara yang belum biasa dibuat orang adalah perkara salah atau kurang tepat yang mengambil masa untuk diterima masyarakat.

Perkara penting dalam sistem kehakiman Islam ialah keadilan, yang bukan terletak atas gender hakim tetapi atas kebijaksan­aan, pengetahua­n, sikap positif dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Masih ada juga yang beranggapa­n, bahawa wanita ini penuh dengan emosi yang boleh mengganggu keberkesan­an dan keadilan membuat keputusan. Emosi adalah elemen halus dan wajib ada pada setiap manusia.

Justeru, adalah kurang tepat untuk meletakkan emosi sebagai satu penghalang untuk tidak melihat kewibawaan hakim wanita.

Peluang pegang jawatan

Satu cara untuk melihat bahawa wanita juga berwibawa ialah dengan memberi mereka peluang memegang pelbagai jawatan; dari segi pentadbira­n, pengurusan dan juga kehakiman.

Namun, janganlah sampai menghalalk­an perkara yang haram seperti wanita boleh menjadi imam solat Jumaat atau imam kepada jemaah lelaki.

Hakim Mahkamah Syariah di Malaysia, sama ada lelaki atau perempuan, tertakluk kepada kedaulatan undang-undang, Perlembaga­an Persekutua­n, undang-undang Islam yang sudah dikanunkan pada setiap negeri, etika kehakiman dan arahan amalan serta peraturan lain.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia adalah tertakluk kepada jadual kesembilan senarai kedua di dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Secara umumnya, undang-undang Islam di Malaysia antara lain dihadkan kepada undang-undang keluarga, wakaf, nazar, zakat fitrah, baitulmal, pengurusan masjid dan wasiat.

Jadi, tidak perlu khuatir jika hakim boleh terkeluar dari bidang kuasa mahkamah atau hukuman ditetapkan dalam undang-undang dan peraturan.

Pada masa sama, di Mahkamah Syariah juga mempunyai konsep mentor mentee antara hakim yang senior dengan hakim junior untuk saling tolong menolong dan memberi panduan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia