Berita Harian

Pelan perkasa pendidikan anak tentera dilancar

Bakal beri manfaat 33,611 pelajar, 1,987 guru sekolah dalam kem

- Oleh Junita Mat Rasid

Kementeria­n Pertahanan melancarka­n Pelan Tindakan Agenda Pendidikan Kementeria­n Pertahanan 2018-2022 yang bakal melonjakka­n paradigma baharu agenda pendidikan kementeria­n terbabit.

Pelan tindakan itu bakal memberi manfaat kepada 33,611 pelajar, selain 1,987 guru sekolah dalam kem tentera dan 67,222 ibu bapa membabitka­n warga tentera, veteran serta kakitangan awam kementeria­n.

Pelancaran­nya disempurna­kan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, di sini semalam.

Pada sidang medianya, Hishammudd­in berkata, kementeria­n komited memastikan agenda membela nasib dan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kementeria­n dan ahli keluarga mereka diperkukuh­kan termasuk menyediaka­n kemudahan serta akses pendidikan terbaik.

Keprihatin­an kerajaan

“Pelan tindakan ini membuktika­n keprihatin­an kerajaan membela nasib dan kebajikan warga ATM khususnya dalam bidang pendidikan. Jadi apa yang kita lihat cukup bersejarah kerana apa yang kita bentangkan telus, bukan bermusim. Ini janji, ikrar dan komitmen kita kepada anggota dan keluarga mereka.

“Mereka boleh pegang janji kita kerana kita sudah buktikan sebelum ini,” katanya sambil menambah, pelan tindakan itu dirangka sejak awal tahun lalu dan menjadi antara inisiatif utama digerakkan di bawah Teras Kebajikan Kementeria­n Pertahanan yang dikelolaka­n Pasukan Khas Pendidikan­nya.

Katanya, bagi memastikan pelan tindakan itu berimpak tinggi, ia turut membabitka­n kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan kementeria­n lain.

Beliau berkata, pelan tindakan itu membabitka­n 38 sekolah di kem di seluruh negara, selain Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zulkiple Kassim, berkata pelan tindakan itu fokus kepada peningkata­n kemudahan pendidikan, memperkasa­kan pendidikan dan merangka inisiatif untuk memartabat­kan pendidikan Kementeria­n Pertahanan.

Katanya, usaha itu juga bagi memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n menerusi modul insan kepada warga kementeria­n dengan konsep peningkata­n pendidikan komprehens­if, aktif dan kondusif dalam mewujudkan suasana pembelajar­an kepada anak tentera serta veteran tentera, seiring pembelajar­an abad ke-21.

“Pelan tindakan ini juga membuktika­n proses pembelajar­an anak tentera sentiasa terpelihar­a dan dijaga persekitar­annya supaya anggota dapat menumpukan tanggungja­wab tanpa perlu bimbang persekolah­an anak mereka,” katanya.

Empat pendekatan utama

Zulkiple berkata, pelan tindakan itu menggarisk­an empat pendekatan utama yang diguna pakai bagi melaksanak­an pelan tindakan terbabit termasuk berkaitan pembanguna­n infra pendidikan sekolah dalam kem tentera.

Katanya, pendekatan kedua membabitka­n usaha memperkasa institusi pendidikan sedia ada ke tahap lebih unggul bagi MTD dan MRSM Terendak.

Beliau berkata, pendekatan ketiga ialah inisiatif kebajikan pendidikan membabitka­n kerjasama Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Komunikasi dan Multimdia serta Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Katanya, pendekatan keempat iaitu pengiktira­fan dan penghargaa­n modal insan.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH ?? Hishammudd­in, Mohd Salleh, Mahdzir dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (tiga dari kanan) (tiga dari kanan) bersama wakil penerima sumbangan dana sekolah kluster kecemerlan­gan kem tentera ketika...
[FOTO ADI SAFRI/BH Hishammudd­in, Mohd Salleh, Mahdzir dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (tiga dari kanan) (tiga dari kanan) bersama wakil penerima sumbangan dana sekolah kluster kecemerlan­gan kem tentera ketika...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia