Berita Harian

Kerjasama Melaka-china lonjak ekonomi negara

Hubungan akrab perkukuh sektor pelanconga­n, pelaburan

- Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

Hubungan baik antara China dan Malaysia bakal melonjakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi negara, khususnya di Melaka.

Ia akan menyaksika­n kerjasama perdaganga­n dan pelaburan yang lebih erat pada masa akan datang.

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, berkata kedudukan strategik Melaka di Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, yang menghubung­kan antara timur dan barat di rantau ini, menjadikan negeri itu mampu menjadi pintu masuk utama perdaganga­n dan pelanconga­n China.

“Kewibawaan Ketua Menteri (Datuk Seri Idris Haron) membawa lebih ramai pelancong dan pelabur dari China ke Melaka sejak lima tahun lalu menunjukka­n keyakinan hubungan ini akan terus terjalin antara Melaka dan wilayah Guangdong.

Tarik pelaburan ke Melaka

“Ini terbukti apabila terdapat dua juta pelancong China melawat Malaysia dan Melaka setakat ini, malah angka itu akan terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat bersama delegasi dari negara republik itu ke pejabat Ketua Menteri Melaka, di Seri Negeri, di sini, semalam.

Tian turut memberi jaminan pihaknya akan berusaha menarik lebih ramai pelabur ke Melaka, sekali gus menjadikan negeri itu berkembang maju dan makmur.

“China melihat Melaka bukan saja tumpuan pelanconga­n dunia, malah lokasi penuh bersejarah, selain kedudukann­ya yang strategik.

“Justeru, kita sudah sedia untuk membangun dan memakmurka­n Melaka. Kami percaya hubungan baik Melaka dan China melalui wilayah Guangdong akan menjadikan masa depan negeri ini lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, lawatan delegasi berkenaan adalah kesinambun­gan daripada beberapa siri lawatan bekas Duta Besar China, Dr Huang Huikang sebelum ini.

“Duta Besar China kali ini cukup berpengeta­huan mengenai Melaka, malah dia mahu hubungan ini terus ditingkatk­an melalui falsafah yang dipegangny­a iaitu tinggi, cepat dan kukuh.

“Saya lihat akan banyak pelaburan di Melaka dan projek yang perlahan akan dipercepat­kan, selain kerjasama diperkukuh­kan,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kehadiran pelabur China ke negara ini adalah satu bentuk penjajahan baharu.

China melihat Melaka bukan saja tumpuan pelanconga­n dunia, malah lokasi penuh bersejarah, selain kedudukann­ya yang strategik” Bai Tian, Duta Besar China ke Malaysia

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Tian (kanan) bersama Idris mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, di Ayer Keroh, semalam.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Tian (kanan) bersama Idris mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia