Berita Harian

Dua remaja maut pulang latih kompang

2 lagi cedera basikal ditunggang berkumpula­n dirempuh kereta

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Dua remaja maut, dua lagi cedera dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di Jalan Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas di sini malam kelmarin, tragedi kedua di negeri ini selepas nahas pertama menyebabka­n lapan remaja di Johor Bahru terbunuh, Februari tahun lalu.

Kejadian terbaru kira-kira jam 10.30 malam kelmarin mengorbank­an Ibnu Ahmad Ahmad Nais, 16 dan Muhammad Amiruddin Abd Majid, 13, namun lelaki berusia 38 tahun memandu Toyota Altis yang merempuh mereka, tidak cedera.

Dua rakan mereka, Nur Iqmal Haffiz Abdul Wahab, 15, patah bahu, manakala Mohammad Nur Hayatuddin Mazli, 15, cedera ringan. Kedua-dua remaja yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Pontian.

Tercampak dalam parit

Penduduk kampung berkenaan, Fazli Hashim, 36, berkata beliau berada di warung berhampira­n lokasi kejadian dan melihat sekumpulan empat remaja sedang menunggang basikal.

“Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman dan apabila menoleh, saya nampak sebuah basikal melambung tinggi. Saya berlari ke situ dan awalnya melihat seorang remaja berdiri dan tidak cedera.

“Seorang penduduk menyuluh

Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman dan apabila menoleh, saya nampak sebuah basikal melambung tinggi. Saya berlari ke situ dan awalnya melihat seorang remaja berdiri dan tidak cedera” Fazli Hashim, Penduduk kampung

lampu ke parit berhampira­n lalu ternampak seorang lagi tertiarap dengan kepala berdarah, manakala seorang lagi remaja ditemui dalam parit agak jauh dari lokasi kejadian.

“Penduduk segera menghubung­i polis bagi melaporkan kejadian,” katanya ketika ditemui BH di sini, semalam.

Fazli berkata, kumpulan remaja terbabit dikatakan baru pulang daripada perjumpaan kumpulan kompang di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian.

Gurauan pelik jadi kenyataan

Sementara itu, nenek Ibnu Ahmad, Bechik Kadasek, 73, tidak menyangka gurauan pelik cucunya tengah hari semalam menjadi kenyataan.

“Semalam dia tanya saya bila datuknya meninggal dunia dan kata, dia (cucu) ‘macam nak jalan dulu’,” katanya yang mendapat panggilan jiran pada jam 11 malam memaklumka­n cucunya terbabit dalam kemalangan itu.

Jenazah kedua-dua mangsa tiba di Masjid Jamek Kampung Maju Jaya, di sini dari Hospital Pontian pada jam 3 petang untuk disembahya­ngkan sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sawah pada jam 4 petang.

Dalam nahas terdahulu pada 18 Februari tahun lalu di Jalan Lingkaran Dalam bersebelah­an Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru, sekumpulan remaja berbasikal dirempuh sebuah kereta Nissan Almera dipandu seorang wanita berusia 22 tahun kira-kira jam 3 pagi menyebabka­n lapan maut, manakala lapan lagi cedera.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Salha Tugeran tidak dapat menahan kesedihan di pusara anaknya, Ibnu Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sawah, Pekan Nanas, Pontian, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Salha Tugeran tidak dapat menahan kesedihan di pusara anaknya, Ibnu Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sawah, Pekan Nanas, Pontian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia