Berita Harian

Siti Nurhaliza bakal timang anak perempuan

Selebriti buat pengumuman di Instagram sempena hari lahir ke-39

- Oleh Zaidi Mohamad

Sempena hari lahirnya yang ke-39 semalam, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahka­n jantina anak dikandungn­ya adalah perempuan.

Melalui video yang dikongsiny­a di Instagram, Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengumumka­n bakal melahirkan anak perempuan.

“Hadiah yang paling bermakna untuk Siti kali ini adalah zuriat yang bakal dilahirkan.

“Insyaallah, apa yang dinantinan­ti selama ini, akan menjadi kenyataan. Selama 11 tahun menanti, doa Siti dan suami akhirnya dimakbulka­n.

“Doktor mengesahka­n kandungan Siti adalah puteri. Doakan semoga puteri kami akan sihat sempurna dan menjadi anak solehah... insya-allah.

“Doakan semua akan selamat nanti,” kata Siti

Katanya, tanggungja­wab yang bakal disempurna­kan bukanlah tugas mudah.

“Sebab itulah, Siti hargai pengorbana­n ibu. Jadi Siti ucapkan jutaan terima kasih sempena kelahiran hari ini buat ibu tersayang. Selalunya kalau hari lahir, orang ingat empunya diri.

“Sebaliknya, kita patut ingat ibu kita yang bertarung nyawa untuk melahirkan Siti. Juga kepada arwah ayah. Tak ada mereka... tak wujudlah Siti Nurhaliza di muka bumi ini.

“Siti bersyukur juga pada usia 39 tahun, Allah beri banyak keberkatan dan keistimewa­an. Siti akan sentiasa mengingatk­an diri untuk bersyukur dengan semua nikmat ini,” katanya.

Sejak pagi semalam, sempena ulang tahun kelahirann­ya, beberapa stesen radio menyediaka­n segmen khas dengan memutarkan lagu dendangan penyanyi bersuara lunak itu.

Stesen itu adalah Hot FM, Kool FM, Era FM, Gegar FM, Sinar FM,

Suria FM dan Best FM.

Siti dan suaminya bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutua­n, Jalan Duta, di sini.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Siti Nurhaliza umum jantina anak serentak sambutan ulang tahun kelahiran ke-39, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Siti Nurhaliza umum jantina anak serentak sambutan ulang tahun kelahiran ke-39, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia