Berita Harian

Mimpi ibu jadi petanda

Bayi ditemui tak sedarkan diri di rumah pengasuh sebelum disahkan meninggal

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Mimpi Rushidah Abdullah melihat anak tunggalnya, Ahnaf Hanafi Mohd Haniff, dijemput oleh seseorang menjadi petanda perpisahan dengan bayi berusia 13 bulan itu.

Ahnaf Hanafi ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di rumah pengasuhny­a di Indera Mahkota 15, dekat sini dan disahkan meninggal oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Indera Mahkota 5, pada jam 2.30 petang kelmarin.

Bapa mangsa, Mohd Haniff Se- laman @ Sulaiman, 28, berkata Rushidah, 30, ada menyebut mengenai mimpinya sejak kebelakang­an ini, namun menganggap­nya sebagai perkara biasa.

“Saya sangka ia cuma mainan tidur dan berharap tiada perkara buruk berlaku. Dalam keadaan ini, kami reda dan menerima ketentuan Allah.

“Anak kami seperti biasa ketika dihantar pagi semalam (kelmarin). Dia aktif, berselera dan tidak mengalami masalah kesihatan, malah sepanjang dijaga di rumah pengasuhny­a sejak sebulan lalu pun tidak ada masalah.

Analisis sel darah

“Punca kematian belum diketahui dan tiada kesan penderaan ditemui. Sel darah anak sudah diambil untuk dianalisis, manakala keputusan dijangka diketahui dalam tempoh dua bulan,” katanya,

Beliau ditemui media di kediaman keluargany­a di Taman LKNP Bukit Setongkol, di sini, semalam.

Terdahulu, jenazah Ahnaf Hanafi yang disempurna­kan dan disembahya­ng di Surau Al Ikhwan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi kira-kira jam 11 pagi semalam.

Suasana pilu menyelubun­gi keluarga dan dan Rushidah dilihat memeluk erat jenazah anaknya dalam perjalanan dari surau berkenaan ke tanah perkuburan.

Kelmarin, Ahnaf Hanafi dihantar ibu bapanya ke rumah pengasuh pada jam 8.10 pagi sebelum pengasuh dikenali sebagai Alya menghubung­i pada jam 2.30 petang memberitah­u bayi itu berada di klinik kesihatan serta tidak sedarkan diri.

Polis mengklasif­ikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin, berkata siasatan mendapati pengasuh berkenaan tidak mendaftark­an kediamanny­a sebagai Taman Asuhan Kanak-kanak di rumah seperti disyaratka­n mengikut Akta Taska 1984 jika sesebuah rumah ada menjaga kurang 10 kanak-kanak.

“Mengikut maklumat awal, tiga kanak-kanak lain turut dijaga pengasuh itu dan ketika siasatan di lokasi, jirannya memaklumka­n rumah itu dikunci manakala pengasuh berkenaan tidak kelihatan sejak semalam (kelmarin),” katanya. Bapa

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Rushidah ditenangka­n anggota keluarga pada pengebumia­n Ahnaf Hanafi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Rushidah ditenangka­n anggota keluarga pada pengebumia­n Ahnaf Hanafi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia