Berita Harian

Saksi beritahu mahkamah Adam Rosly pinjam along

Perbicaraa­n pernyataan, dokumen palsu sambung 8 Februari

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Bekas pembantu peribadi kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah memberitah­u Mahkamah Sesyen di sini semalam, dua penama yang tercatat dalam perjanjian sebagai pemberi pinjaman, tidak hadir ketika dokumen itu ditandatan­gani.

Saksi pendakwaan keenam, Muhd Alif Izzwat Ruslan, 24, berkata mereka ialah seorang lelaki yang didakwa pemberi pinjaman haram bernama Tan Hang Yuan dan nenek kepada tertuduh, Masiah Mohd Yusof.

Beliau yang juga seorang saksi dalam dokumen perjanjian berkata, Masiah sudah meninggal dunia ketika dokumen perjanjian ditandatan­gani, manakala tiada lelaki berbangsa Cina dalam rumah pada hari kejadian.

Tak baca isi kandungan

Muhd Aliff ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib, berkata beliau tidak ingat bila perjanjian itu ditandatan­gani.

“Bagaimanap­un, surat itu ditandatan­gani pada sebelah pagi hari yang sama di kediaman Datuk Adam Rosly di Ampang,” katanya yang turut mengakui tidak membaca isi kandungan dokumen terbabit dan hanya tandatanga­n di bahagian saksi seperti diarahkan Adam Rosly.

Beliau bagaimanap­un tidak tahu siapa yang menandatan­gani di bahagian pemberi pinjaman dalam dua dokumen itu.

Mengaku tidak bersalah

Adam Rosly, 31, yang diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Datuk Sulaiman Ismail, dibicaraka­n selepas mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi pernyataan palsu dan empat pertuduhan mengemukak­an dokumen palsu kepada SPRM, Februari tahun lalu.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya, pada jam 9 pagi dan 12.15 tengah hari, 10 Februari 2017 serta jam 9 pagi dan 2 petang, 22 Februari tahun sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 89 akta sama, masingmasi­ng membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Ketika menjawab soalan Ahmad Zaidi, sama ada beliau tahu Adam Rosly ada membuat pinjaman along, saksi itu menjawab tahu tetapi tidak mengenali along berkenaan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Allaudeen Ismail bersambung 8 Februari depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia