Berita Harian

Empat suspek kes bunuh dipercayai bersembuny­i

- Oleh Khairul Azran Hussin

Shah Alam: Polis sudah mengenal pasti empat penjenayah warga Indonesia yang dipercayai membunuh seorang peniaga kosmetik di pasar malam Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata polis yakin akan berjaya menangkap semua suspek berusia lingkungan 30-an itu dalam tempoh terdekat.

“Keempat-empat suspek yang dipercayai berketurun­an Madura masih bersembuny­i dalam daerah ini. Motif pembunuhan dipercayai dendam peribadi dan suspek serta mangsa saling mengenali.

Mangsa pernah dipukul suspek

“Siasatan awal mendapati mangsa pernah dipukul oleh salah seorang suspek sekitar Mei tahun lalu, tetapi tiada laporan polis dibuat," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Shafien berkata, sehingga semalam, seramai 10 warga Indonesia termasuk dua wanita berusia lingkungan 24 hingga 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua mereka ditahan di sekitar lokasi kejadian dan kini direman sehingga 15 Januari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki tempatan maut selepas ditetak sekumpulan empat lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pasar malam di Seksyen 25, di sini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Nor Syazrin Rasdi, berusia 29 tahun dan berasal dari Kupang, Kedah.

Mangsa yang luka di leher, mati di tempat kejadian manakala seorang daripada pekerja warga Indonesia yang cuba membantuny­a luka di kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia