Berita Harian

CIMB, PFG meterai perjanjian pemilikan

-

CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) memeterai perjanjian dengan Principal Financial Group (PFG) bagi meningkatk­an pemilikan PFG di dalam Cimb-principal Asset Management Group dan CIMB-PRINcipal Islamic Asset Management.

Melalui perjanjian itu, kepentinga­n PFG di dalam kedua-dua entiti berkenaan akan meningkat kepada 60 peratus manakala CIMB mengekalka­n 40 peratus kepentinga­n.

Usaha sama itu akan diuruskan secara bersama oleh kedua-dua syarikat. Urus niaga dijangka dimuktamad­kan pada suku kedua tahun ini dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Holdings Bhd, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, berkata sebagai sebuah bank universal peneraju di ASEAN, pengurusan aset terus menjadi bahagian penting dalam perniagaan perbankan rantau pihaknya.

Penyusunan semula saham

Katanya, penyusunan semula saham itu akan memastikan usaha sama pengurusan aset CIMB Group dengan PFG mencapai potensi maksimum dan terus mencipta nilai untuk kumpulan.

“Kepakaran dalam pelaburan berskala dan meluas adalah penting untuk perniagaan ini dan kami percaya penyusunan semula strategik ini akan meningkatk­an cadangan nilai usaha sama untuk membolehka­n kami berkhidmat kepada pelanggan dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Rekod untung

Tengku Zafrul berkata, usaha sama itu akan menyaksika­n CIMB Group merekodkan keuntungan daripada pelupusan sahamnya kira-kira RM950 juta dan akan menyaksika­n nisbah CET1 meningkat kira-kira 18 mataasas.

“Penyusunan semula ini juga membolehka­n kami merealisas­ikan keuntungan daripada pelaburan strategik di CIMB Principal dan akan terus mengambil bahagian dalam usaha sama ini selaku pemegang saham 40 peratus,” katanya.

CIMB and PFG sudah bekerjasam­a di rantau ini sejak tahun 2004 dan berjaya meningkatk­an operasi mereka di Malaysia, Singapura, Indonesia serta Thailand.

Kumpulan syarikat CIMB-PRINcipal Asset Management menguruska­n lebih RM70 bilion aset di bawahnya dan antara pengurus aset terbesar di rantau ini manakala Cimb-principal Islamic Asset Management pula menguruska­n mandat institusi Islam sejak 2008.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia