Berita Harian

Projek BTP babit pelaburan RM17 bilion

26,700 peluang pekerjaan bakal diwujud, hasil produk bernilai tinggi

- Oleh Nora Mahpar

Sebanyak 77 projek berpotensi di bawah Program Transforma­si Bioekonomi (BTP) bakal mewujudkan 26,700 peluang pekerjaan dan membabitka­n pelaburan lebih RM17 bilion menjelang 2020.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata sya- rikat berasaskan bio terus menjadi tunggak utama dalam pembanguna­n holistik merangkumi ekonomi, urus tadbir dan sosial.

“Projek BTP memberi tumpuan kepada pengkomers­ialan produk bernilai tinggi yang boleh menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Antara projek yang sudah dikenal pasti adalah penggunaan bahan berasaskan bio yang diperoleh daripada minyak dan sisa kelapa sawit seperti ‘pembanguna­n, pengeluara­n dan pengkomers­ialan kertas menggunaka­n tandan buah kosong (EFB)’ di Pahang,” katanya pada pelancaran Hari Bioekonomi 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Malaysia Bioeconomy Developmen­t Corporatio­n Bhd (Bioeconomy Corporatio­n), Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Wilfred berkata, setakat ini sebanyak 283 syarikat berstatus Bionexus merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM6.81 bilion pada 2017, meningkat 2.2 peratus berbanding RM6.6 bilion pada tahun sebelumnya.

10,665 peluang pekerjaan

“Syarikat ini juga menyumbang 10,665 peluang pekerjaan, meningkat 4.2 peratus berbanding 10,238 pada tahun 2016.

“Selain itu, syarikat berstatus Bionexus mencatatka­n kadar pertumbuha­n purata tahunan 18 peratus dari segi penjanaan pendapatan dari 2008 hingga Disember 2017,” katanya.

Beliau berkata, Bioeconomy Corporatio­n juga melaksanak­an 37 projek Program Pembanguna­n Komuniti Bioekonomi (BCDP) sehingga Disember 2017 membabitka­n 2,800 peserta.

“Projek ini dijangka memberi impak kepada lebih 13,000 penduduk di sekitarnya,” katanya.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH ] ?? Wilfred bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya (empat dari kanan); Zakri (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporatio­n, Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain (lima dari kanan)...
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH ] Wilfred bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya (empat dari kanan); Zakri (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporatio­n, Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain (lima dari kanan)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia