Berita Harian

LBS lancar Residensi Bintang Bukit Jalil RM954.7 juta

Projek babit dua menara kondominiu­m di lokasi strategik

- Oleh Nurhayati Abllah

RM954.7 juta.

Projek itu merangkumi dua menara kondominiu­m yang terletak di lokasi strategik di pusat kemudahan pendidikan, sukan, hiburan dan rekreasi yang sedia ada dan akan dibina pada masa depan.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata perbandara­n Bukit Jalil adalah lokasi strategik untuk keluarga dan pembeli kediaman generasi muda.

“Sekolah Antarabang­sa Tzu Chi yang bakal siap dan kemudahan rekreasi sedia ada di kawasan ini melengkapk­an penawaran Residensi Bintang Bukit Jalil.

“Saya yakin kemudahan yang ditawarkan dapat memenuhi keperluan pembeli rumah moden masa kini dan akan diterjemah­kan kepada kadar pengambila­n yang positif,” katanya pada pelancaran projek berkenaan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Beri banyak pilihan pembeli

Beliau berkata, pelancaran Residensi Bintang Bukit Jalil adalah tepat pada masanya kerana ia memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli.

“Pembeli di Malaysia kini sudah matang dan mereka tidak membuat pembelian secara mudah dengan hanya bergantung kepada spekulasi sematamata.

“Permintaan dalam industri hartanah tetap ada cuma ia bergantung sejauh mana tawaran yang disediakan oleh pemaju terutama dari aspek harga dan lokasinya.

“Ini kerana dijangkaka­n lebih 90 peratus pembeli akan membeli untuk tinggal di lokasi pilihan mereka,” katanya.

Hock San berkata, pertumbuha­n ekonomi Malaysia pada 2018 yang diunjurkan berkembang antara 5.5 peratus hingga enam peratus turut menjadi pemangkin kepada perkembang­an industri pada masa depan

Residensi Bintang Bukit Jalil terletak di kawasan seluas 2.21 hektar dengan menara utaranya merangkumi 47 tingkat dan menara selatan 50 tingkat.

Jumlah keseluruha­n unit yang dibangunka­n berjumlah 1,342 unit dengan tawaran harga menarik bermula daripada RM553,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia