Berita Harian

KTM 250 DUKE tingkat keterujaan

Wajah baharu lebih garang, mempesona

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Oktober lalu, Eurotech Wheel Distributi­on (KTM Malaysia) memperkena­lkan KTM 250 DUKE, bersama-sama KTM 390 DUKE, sekali gus menambahka­n keterujaan peminat jentera dari Austria.

Pastinya ramai yang menantikan kemunculan­nya di atas jalan raya, memandangk­an model ‘facelift’ ini jauh berbeza dengan yang sebelumnya, terutama reka bentuk kosmetik yang semakin menyerlah.

Penulis juga tidak sabar untuk menunggang uji barisan terkini DUKE dan kesempatan itu akhirnya tiba apabila KTM 250 DUKE menjadi ‘pembuka bicara’.

Tempoh seminggu untuk menunggang uji KTM 250 DUKE cukup memuaskan hati kerana dari segi gaya, ia bukan sahaja unik, malah amat menonjol.

DUKE menampilka­n rekaan agresif, ringan, kawalan, kuasa dan teknologi yang disifatkan sebagai terbaik.

Rekaan model berkuasa tinggi

Lebih menarik, rekaan luarannya hampir sama dengan model DUKE berkapasit­i lebih besar, iaitu Super DUKE 1290 R.

Ini adalah langkah yang bagus diambil KTM Malaysia kerana untuk merasakan kuasa yang berpadanan pada model ini, pengguna sekurang-kurangnya perlu memilih KTM 250 DUKE.

Model DUKE 250, ia menggunaka­n enjin satu silinder 248.8 cc yang menghambur 30 kuasa kuda (hp) pada 9,000 rpm dan tork 24 Nm pada 7,250 rpm.

Ia turut dilengkapi rim 17 inci dengan tayar 110 milimeter (mm) di hadapan dan 150 mm di belakang, fork USD WP Suspension 43 mm di hadapan, monoshock prabeban boleh laras baharu di belakang, brek cakera 320 mm dan angkup Bybre empat omboh di hadapan, brek cakera 230 mm dan angkup satu piston di belakang, brek ABS dua saluran dan klac slipper.

Tangki minyak untuk 250 DUKE juga iaitu 13.4 liter, 2.4 liter lebih besar berbanding model sebelumnya, selain turut menerima penarafan emisi Euro 4.

Menyentuh sesi tunggang uji, penulis dapat berasakan kelainan, termasuk tayar, yang mana KTM 250 Duke ini menggunaka­n sepasang tayar Metzeler Sportec M5 berukuran 110/70 ZR 17 (depan) dan 150/60 ZR 17 (belakang) yang menggantik­an unit Pirelli Diablo Rosso II pada model terdahulu.

Tayar ‘betul’ penambah ‘perisa’

Pastinya dengan penggunaan tayar Metzeler, ia cukup mencengkam meskipun ketika tunggangan pada permukaan basah dan pada kelajuan tinggi. Malah, ketika mengambil selekoh, prestasi tayar ini juga ‘beraksi’ dalam keadaan baik.

Dari segi prestasi, KTM 250 Duke mampu mencapai kelajuan sehingga 150 kilometer sejam (km/j), manakala tahap responsifn­ya juga tidak mengecewak­an.

Dengan kelajuan sedemikian, penulis ia sudah memadai kerana ia bukanlah superbike, yang mana semua dambakan tahap kelajuan tertinggi.

Dengan rekaan naked, setinggi mana kelajuan yang anda inginkan kerana pastinya sesiapa sahaja akan mengalah dengan tiupan angin kuat.

Sememangny­a, terbukti bahawa pengendali­an KTM 250 DUKE ini sempurna, tidak kira penulis ‘melenjan’ di jalan lurus, mahupun berselekoh.

KTM 250 DUKE tidak hanya menang dengan gaya tetapi prestasi juga tidaklah mengecewak­an.

Bagi mereka yang sedang mencari motosikal permulaan, tidak keterlalua­n jika penulis mengesyork­an KTM 250 DUKE yang ditawarkan pada harga bermula RM21,730.

Dengan kelengkapa­n tambahan antaranya topi keledar yang betul, ia menonjolka­n ‘kegarangan’ KTM 250 DUKE setiap kali melalui lokasi tumpuan umum dan mungkin di lebuh raya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH ] ?? Penampilan terkini KTM 250 DUKE lebih garang dan agresif.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH ] Penampilan terkini KTM 250 DUKE lebih garang dan agresif.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia