Berita Harian

PECUTAN HEBAT

Kenderaan hibrid Honda lancar di laluan Ashinoko Skyline

- Oleh Abdul Halim Yusoff

Pengalaman melalui lebuh raya Ashinoko Skyline di wilayah Hakone, Jepun dengan kenderaan memang bermakna. Malah tidak keterlalua­n jika dikatakan pengalaman berkembara jalanan dengan kenderaan sport hibrid Honda di laluan berliku dengan pemandanga­n Gunung Fuji yang sungguh memukau, menjadi kenangan paling hebat sepanjang di Jepun, barubaru ini.

Walaupun kenderaan hibrid berkenaan bukanlah jentera berkuasa besar dan ditala untuk layan laluan sebegitu, tambahan pula banyak yang ‘datang menguji’ adalah kereta sport, model sport hibrid seperti Grace (City), Freed, Fit (Jazz), Vezzel (HRV) dan Jade yang dipandu rombongan Malaysia tidak pula mengecewak­an. Malah ia berfungsi seperti yang diharapkan pada sebuah kenderaan.

Sebahagian besar kelancaran pemanduan di laluan berliku, berbukit dan curam lebih 10 kilometer itu disandarka­n kepada sistem enjin hibrid yang dipadankan dengan kotak gear menggunaka­n teknologi terkini Honda, Intelligen­t Dual-clutch Drive (IDCD).

Sudahlah tak perlu bersu sah payah menekan klac untuk menukar gear, pemandu hanya perlu jaga stereng serta brek dan masih ada masa untuk jeling persekitar­an yang memukau terutama di sekitar Tasik Ashinoko yang disimbah mentari petang.

Malaysia adalah antara negara terawal selepas Jepun yang mendapat model Jazz dan City sport hibrid yang dipadankan dengan kotak gear dua klac sistem IDCD.

Lebih cekap

Sebelum ini model hibrid menggunaka­n sistem Integrated Motor Assist (IMA). IDCD adalah lebih cekap daripada IMA kerana pertukaran gear menerusi IDCD lebih pantas, sekali gus mengelakka­n situasi kereta tersengguk­sengguk.

Sistem ini merangkumi motor elektrik kompak, bateri Lithiumion dan enjin berprestas­i tinggi kitaran Atkinson 1.5 liter IVTEC untuk diterjemah­kan dengan pemanduan hibrid yang bertenaga sebaik saja injak pemacu ditekan.

Mod pemanduan hibrid memberikan pecutan pantas dengan menggabung­kan kuasa motor dan enjin menerusi transmisi dwiklac.

Sistem Sport Hybrid IDCD pada Jazz ini menghasilk­an kuasa yang setara dengan enjin 1.8 tanpa induksi paksaan (Civic 1.8 menjana 141 PS/174 Nm; hanya 4 PS/4 Nm lebih) tetapi hanya guna 4.0 liter untuk perjalanan 100km. Ia bersamaan dengan 25km/l berbanding 17.2km/l yang dicapai oleh Jazz Hybrid generasi sebelum ini.

Sistem dwiklac tujuh kelajuan pada Jazz dan City Sport Hybrid bermakna ada dua plat klac digunakan iaitu satu untuk menukarkan gear genap dan satu lagi ganjil.

Memandangk­an asal sistem IDCD pada Jazz dan City ini di Jepun, maka peluang memandu uji model berkenaan di negara kelahirann­ya seperti sesuatu yang memang patut dilakukan. Selepas menyaksika­n persembaha­n Honda di Tokyo Motor Show (TMS2017) pada hujung Oktober lalu, kami ada dua hari untuk menikmati pemanduan di lebuh raya dan jalan dengan pemandanga­n dramatik di Jepun sekitar Gunung Fuji dan Tasik Yamanaka.

Pemanduan selamat

Jadi, pada hari yang basah selepas Taufan ke21, perjalanan dari Park Plaza Hotel bermula. Bersama rakan penulis permotoran yang memacu stereng Vezzel (HRV), kami meninggalk­an Tokyo dalam hujan dan jalan basah dengan berkonvoi melalui Chua Shuto Highway. Destinasi kami adalah Tasik Yamanaka yang menghidang­kan pemandanga­n memukau Fuji sebelum singgah bermalam di Marriot, Fuji.

Perjalanan sempurna

Awal pagi keesokanny­a, perjalanan berkendera­an diteruskan. Kali ini, kami mencuba pula varian terkini Freed memandangk­an ia tidak dijual di Malaysia. Beberapa kilometer dari hotel, kami tiba di Tasik Yamanaka untuk sesi bergambar dengan latar belakang Fuji.

Perjalanan diteruskan dengan beberapa laluan berliku lagi di Hakone Turnpike dan kemudian masuk ke Ashinoko Skyline. Disebabkan kami agak bergegas balik ke Tokyo untuk mengelak ramai yang tersesat ke hotel kerana hari sudah malam, banyak lokasi bergambar berlatar belakang tasik dan Fuji dari puncak banjaran di Ashinoko Skyline terpaksa diabaikan.

Apabila malam berlabuh, kami sudah mula sampai ke hujung Ashinoko Skyline, lokasi banyak penggambar­an filem membabitka­n aksi kereta dibuat, dan drama pemanduan di laluan mencabar sudah berakhir. Destinasi seterusnya adalah Tomei Highway menuju Tokyo. Jalan sesak dan kepatuhan kepada had laju sangat penting.

Jadi selepas 14 plaza tol dan kadar tol lebih RM600, perjalanan bersama model berkenaan yang diterajui kereta Honda S660 pun sempurna.

Google Map memang banyak membantu pasukan kami sampai semula ke hotel selepas meredah trafik dan keadaan jalan yang agak asing di Tokyo.

Freed, City, HRV dan Jazz sport hibrid IDCD melakukan tugas mereka sebagai kenderaan yang jimat dan pemanduan yang memuaskan hati.

 ??  ??
 ??  ?? Honda City, Vezzel dan Jazz Sport Hybrid I-DCD tidak kekok melayan selekoh dan jalan licin di Gunung Fuji.
Honda City, Vezzel dan Jazz Sport Hybrid I-DCD tidak kekok melayan selekoh dan jalan licin di Gunung Fuji.
 ??  ?? Freed mengetuai konvoi jentera sport hybrid I-DCD Honda di Hakone Turnpike.
Freed mengetuai konvoi jentera sport hybrid I-DCD Honda di Hakone Turnpike.
 ??  ?? Honda Jazz (Fit) Sport Hybrid I-DCD.
Honda Jazz (Fit) Sport Hybrid I-DCD.
 ??  ?? Vezzel di Tasik Yamanaka.
Vezzel di Tasik Yamanaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia