Berita Harian

Jaguar F-PACE Ingenium bakal mengaum

-

Tidak lama lagi, peminat jentera Jaguar bakal menerima model permulaan FPACE yang dilengkapi dengan enjin petrol 2.0 liter empatsilin­der Ingenium baharu.

Tawaran terbaru Jaguar Land Rover Malaysia itu tampil dengan varian yang menawarkan keselesaan tidak hanya kepada pemandu, malah penumpang.

Dengan penjana kuasa baharu ini, varian berkenaan mampu menghambur­kan kuasa sehingga 250 PS dari 1,200 rpm dan tork 365 Nm iaitu 90 PS dan 85 Nm kurang daripada enjin V6.

Ia juga mampu dipacu dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 6.8 saat.

Enjin ini diperbuat daripada struktur aluminium, bagi menggantik­an penjana kuasa GTDI RWD, yang digunakan di pasaran China.

Kelebihan enjin ini berbanding GTDI ialah ia turut mampu memperting­katkan prestasi, termasuk meningkatk­an penjimatan bahan api sebanyak 15 peratus, iaitu 4.1 kilogram (kg) lebih ringan dan juga NVH yang turut diberi penambahba­ikan.

SUV terbaik

Kenderaan utiliti sukan (SUV) lima tempat duduk ini juga turut dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan 8HP45 yang lebih ringan dan kompak, yang menyalurka­n kuasa ke semua rodanya.

Ia juga menampilka­n pendulum damper di dalam torque converter yang lebih efektif untuk menyerap getaran frekuensi rendah serta membolehka­n enjin dipacu dalam kelajuan rendah tanpa menje jaskan kehalusann­ya.

FPACE direka bentuk melepasi keperluan ujian kemalangan global yang paling ketat.

Selain mencapai matlamat itu, model ini juga turut menerima cabaran menerusi penguranga­n berat kenderaan, namun ia dapat diselesaik­an.

Jaguar FPACE truut dinamakan sebagai pemenang Kereta Terbaik Dunia 2017 dan Anugerah Rekaan Terbaik Dunia di New York Internatio­nal Auto Show.

Di Malaysia, FPACE barubaru ini juga memenangi Kereta Terbaik MAI 2017 bagi kategori SUV dan Crossover (kategori RM500,001 RM700,000).

FPACE varian 2.0liter kini dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Jaguar Land Rover di seluruh negara.

 ??  ?? Pasaran Malaysia bakal menerima model terbaik Jaguar F-PACE tidak lama lagi.
Pasaran Malaysia bakal menerima model terbaik Jaguar F-PACE tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia