Korea Selatan cadang larang dagangan mata wang kripto
Pasaran wang maya bergolak akibat kejatuhan harga bitcoin
Kerajaan Korea Selatan merancang untuk melarang dagangan mata wang kripto, menyebabkan harga bitcoin menjunam dan mengakibatkan pasaran wang maya bergolak apabila polis serta pihak berkuasa percukaian negara itu menyerbu bursa tempatan atas kemungkinan mengelak cukai.
Larangan di Korea Selatan itu, yang juga sumber penting permintaan global bagi mata wang kripto dibuat ketika pembuat dasar seluruh dunia berdepan masalah untuk mengawal selia aset yang nilainya melonjak sejak tahun lalu.
Menteri Kehakiman, Park Sangki, berkata kerajaan sedang menyiapkan rang undangundang untuk melarang mata wang mata di bursa domestik.
Kebimbangan besar
“Ada kebimbangan besar berhubung mata wang maya dan Kementerian Kehakiman secara dasarnya sedang menyiapkan rang undangundang untuk melarang dagangan mata wang kripto melalui bursa,” kata Park dalam satu sidang akhbar, menurut pejabat akhbar kementeriannya.
Seorang pegawai akhbar berkata, cadangan larangan ke atas dagangan mata wang kripto diumumkan selepas ‘perbincangan mencukupi’ bersama agensi kerajaan lain termasuk Kementerian Kewangan dan pengawal selia kewangan negara itu.
Sebaik saja rang undangundang dirangka, penggubalan ke atas larangan sepenuhnya dagangan mata wang maya akan memerlukan undian majoriti 297 anggota Dewan Negara, satu proses yang akan mengambil masa beberapa bulan atau bertahuntahun.
Pendirian tegas kerajaan menyebabkan jualan besarbesaran mata wang kripto di bursa tempatan dan luar negara.
Harga bitcoin di Korea Selatan menjunam sehingga 21 peratus pada dagangan tengah hari kepada 18.3 million won (AS$17,064.53) selepas kenyataan menteri itu dibuat.
Ia masih lagi diniagakan pada premium 30 peratus berbanding negara lain.
Bitcoin susut lebih daripada 10 peratus di bursa Bitstamp berpangkalan di Luxembourg pada AS$13,199, selepas sebelum itu jatuh serendah AS$13,120, paling lemah sejak 2 Januari lalu.
Saham berkaitan mata wang kripto Korea Selatan juga teruk terjejas.
Menjunam 30 peratus
Vidente dan Omnitel, yang juga pemegang kepentingan Bithumb masingmasing menjunam 30 peratus.
Sebaik berkuat kuasa, larangan Korea Selatan itu akan menjadikan dagangannya sukar dibuat di negara itu, namun tidak mustahil, kata Ketua Penganalisis EST Security, Mun Chonghyun.
“Peniaga yang berminat, khususnya penggodam, akan berdepan kesukaran untuk menunaikan keuntungan mereka daripada pelaburan wang maya di Korea, namun boleh pergi ke luar negara, contohnya Jepun,” kata Mun.