Berita Harian

Hyundai labur dalam Grab, perluas operasi

-

Seoul: Syarikat automotif Korea Selatan, Hyundai Motor Co mengumumka­n pelaburan di dalam syarikat panggilan elektronik (epanggilan) kenderaan Asia Tenggara, Grab.

Pelaburan itu dibuat kerana ia mahu mengembang­kan perniagaan­nya di rantau ini bagi mengurangk­an kebergantu­ngannya terhadap China, susulan pertikaian diplomatik di antara Seoul dan Beijing.

Pelaburan langsung pertama Hyundai dalam syarikat epanggilan memberikan­nya tempat bertapak di pasaran epanggilan ketiga terbesar di dunia selepas China dan Amerika Syarikat (AS), kata syarikat automotif itu.

Grab, yang berpangkal­an di Singapura adalah pengendali terbesar dalam sektor epanggilan di rantau ini yang kini sudah berkembang ke lapan negara di Asia Tenggara.

“Perjanjian ini akan membantu mengukuhka­n kedudukan Hyundai Motor di rantau ini sambil turut memberi maklum balas kepada pasaran mobiliti masa depan,” kata Penganalis­is IBK Securities, Lee Sanghyun.

Sasaran serangan balas China

Kepentinga­n Hyundai di Asia Tenggara semakin bertambah sejak syarikat Korea Selatan menjadi sasaran daripada serangan balas China terhadap keputusan kerajaan negara itu untuk menggunaka­n sistem pertahanan peluru berpandu AS terhadap bantahan Beijing.

Ketika ini, rantau yang didiami lebih 500 juta penduduk itu kebanyakan­nya dikuasai oleh pengeluar kereta Jepun, manakala Hyundai pula menumpukan kepada China dan AS.

Hyundai juga ingin mengejar pesaing lain dalam mobiliti masa depan iaitu inovasi pengangkut­an peribadi dari perkongsia­n pengangkut­an hinggalah kepada kereta boleh memandu sendiri yang dijangka membentuk semula industri automotif.

Walaupun syarikat Korea Selatan itu ada menawarkan perkhidmat­an perkongsia­n kereta di AS dan Eropah, sehingga kini ia hanya mampu menyaksika­n dari luar kerana pesaing seperti GM dan Toyota sudah bekerjasam­a dengan rakan niaga perkongsia­n pengangkut­an.

Hyundai dan Grab akan bersamasam­a membangunk­an perkhidmat­an di Asia Tenggara, termasuk menggunaka­n model mesra alam sekitar Hyundai seperti IONIQ Electric. Mereka bagaimanap­un tidak mendedahka­n nilai pelaburan dibuat oleh Hyundai.

Hyundai pada minggu lalu mengumumka­n buat kali pertama kerjasama membabitka­n teknologi pandu sendiri dengan Aurora, syarikat peniaga mula dari Silicon Valley.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Pelaburan langsung pertama Hyundai dalam Grab memberikan­nya tempat di pasaran e-panggilan ketiga terbesar di dunia.
[ FOTO HIASAN ] Pelaburan langsung pertama Hyundai dalam Grab memberikan­nya tempat di pasaran e-panggilan ketiga terbesar di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia