Berita Harian

Pasaran terus aliran menyusut

Pelabur beralih kepada saham murah antara punca rendah

-

Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam dengan minat beralih kepada saham berharga rendah, Pasaran ACE, saham teknologi serta minyak dan gas, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,816.88, susut 6.04 mata daripada 1,822.92 semasa ditutup kelmarin dan selepas dibuka rendah 0.9 mata kepada 1,822.02.

Barometer pasaran bergerak antara 1,8212.78 hingga 1,823.31 sepanjang sesi dagangan.

Peniaga berkata saham berkaitan minyak dan gas menjadi fokus berikutan harga minyak mentah pada paras melebihi AS$69 satu tong.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$69.10 satu tong, susut 0.14 peratus daripada hari dagangan sebelumnya.

FBM Ace berkuranga­n 175.83 mata kepada 6,865.33, FBM 70 susut 162.141 mata kepada 16,475.36, dan Indeks FBMT 100 jatuh 65.71 mata kepada 12,800.42.

Indeks FBM Emas turun 74.17 mata kepada 13,155.7 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 91.591 mata kepada 13,641.56.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menambah 18.891 mata kepada 17,141.17, bagaimanap­un Indeks Perusahaan susut 21.41 mata kepada 3,379.17 dan Indeks Perladanga­n berkuranga­n 10.37 mata kepada 8,087.63.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.84, manakala TNB dan Petronas Chemicals, masing-masing turun empat sen kepada RM15.82 dan RM8.07.

Public Bank menokok dua sen kepada RM20.86 dan CIMB naik satu sen kepada RM6.75.

Daripada saham aktif, UMW O&G dan Sumatec, masing-masing susut setengah sen kepada 40.5 sen dan 6.5 sen, Sapura Energy jatuh 3.5 sen kepada 87 sen dan PUC merosot satu sen kepada 31 sen.

Sino Hua-an menokok 2.5 sen kepada 57 sen.

Suasana pasaran secara keseluruha­n lemah berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 781 berbanding 265, manakala 362 kaunter tidak berubah, 395 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan jatuh kepada 4.01 bilion unit bernilai RM3.04 bilion daripada 5.74 bilion unit bernilai RM3.77 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.41 bilion unit bernilai RM2.78 bilion daripada 3.59 bilion unit bernilai RM3.43 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkuranga­n kepada 1.14 bilion saham bernilai RM190.04 juta daripada 1.57 bilion saham bernilai RM256.93 juta kelmarin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 451.64 juta unit bernilai RM65.11 juta daripada 570.3 juta unit bernilai RM79.25 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 94.32 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (595 juta), pembinaan (132.65 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (1.17 bilion), teknologi (153.48 juta), infrastruk­tur (11.76 juta), SPAC (13.71 juta), kewangan (61.51 juta), hotel (351,000), hartanah (118.89 juta), perladanga­n (40.27 juta), perlombong­an (1.44 juta), REITS (14.23 juta), dan dana tertutup (147,500).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia