Berita Harian

Bursa Hong Kong berterusan untung

-

Pasaran Asia meneruskan kejatuhann­ya pada Khamis, dengan Tokyo terjejas dengan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, manakala Hong Kong meneruskan rekod keuntungan bagi hari ke-13.

Bitcoin pula jatuh selepas Korea Selatan berkata ia bercadang mahu menutup bursa mata wang kripto di negara itu mengatakan kebimbanga­n untuk berlakunya gelembung.

Di AS, ketiga-tiga indeks utamanya jatuh buat kali pertama tahun ini ketika peniaga ditakutkan dengan laporan mengatakan bahawa pegawai Kanada menjangkak­an Presiden Donald Trump akan membawa AS keluar daripada Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA).

Ia berlaku selepas Bloomberg News berkata, pihak berkuasa China yang mengkaji semula pegangan pertukaran asing telah mencadangk­an supaya memperlaha­nkan atau menghentik­an pembelian daripada Perbendaha­raan AS.

Berikutan itu, mata wang AS mengalami kerugian berbanding kebanyakan mata wang utama lain tidak lama selepas berita mengenai kebimbanga­n sejumlah besar permintaan asing untuk dolar akan menyusut tersebar.

Namun, ia bangkit semula pada Khamis selepas Pentadbira­n Tukaran Mata Wang Asing China menafikan laporan itu, mengatakan dalam satu kenyataan di laman webnya: “Kami berpendapa­t yang cerita ini mungkin dipetik daripada sumber yang salah atau boleh jadi ia adalah berita palsu.”

China telah lama melabur dalam bon AS sebagai cara mengawal nilai mata wang yuannya dan Bloomberg News menganggar­kan ia kini menguasai AS$1.2 trilion dalam Perbendaha­raan AS, jumlah yang telah meningkat dua kali ganda dalam 10 tempoh tahun lalu.

Di Jepun, mata wang Yen mula mengatasi dolar AS selepas Bank of Japan pada Selasa berkata ia akan mengurangk­an pembelian bonnya sebagai sebahagian daripada program rangsangan yang besar.

Pengukuhan yen menjejaska­n pengekspor­t yang tersenarai di bursa Tokyo sekaligus menyebabka­n indeks Nikkei turun 0.3 peratus.

Pasaran di Sydney dan Seoul masing-masing rugi 0.5 peratus, Singapura turun 0.1 peratus dan Wellington jatuh 1.4 peratus manakala Manila juga mendadak turun.

Namun Hong Kong naik 0.2 peratus meneruskan kenaikan selama 13 hari, disumbangk­an oleh kemasukan aliran tunai daripada pelabur dari Tanah Besar menggunaka­n program sambungan saham rentas sempadan.

Shanghai ditutup naik 0.1 peratus, meneruskan rentak kenaikan untuk 10 hari berturut-turut.

 ??  ?? Mata wang yen mula mengatasi dolar AS selepas Bank of Japan berkata ia akan mengurangk­an pembelian bonnya.
Mata wang yen mula mengatasi dolar AS selepas Bank of Japan berkata ia akan mengurangk­an pembelian bonnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia