Berita Harian

Pitas, Mersing pula dilanda banjir

Bah di Raub pulih, pusat pemindahan ditutup

- Oleh Suzianah Jiffar, Nurul Amanina Suhaini, Shahrinnah­ar Latib dan Kandau Sidi

Enam sekolah ditutup, manakala sembilan kampung di daerah Pitas, Sabah terjejas akibat banjir susulan hujan lebat sejak petang kelmarin.

Difahamkan, setakat ini penduduk Kampung Rukom Ulu sudah dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom sejak pagi semalam.

Lapan lagi kampung yang terjejas ialah Salimpodon Darat, Sibaung, Kebatasan Laut, Sulakolung Kanibongan, Kutoyon Kanibongan, Masin Besar Kanibongan, Kanibingan dan Mandamai.

Enam sekolah ditutup

Pegawai Daerah Pitas, Bubudan OT Majalu, berkata enam sekolah ditutup ialah SK Kanibongan, SK Dalas, SK Kusilad, SK Sosop, SK Pandan Mendamai serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanibongan.

Di Johor, daerah Mersing mula dilanda banjir apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Tenglu Besar, dibuka pada jam 12 tengah hari.

EXCO Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata setakat jam 1 petang, jumlah keseluruha­n seramai 71 mangsa daripada 19 keluarga, termasuk mangsa di Segamat yang ditempatka­n di dua PPS.

Paras air sungai di Johor

“Paras air Sungai Bekok di Empangan Bekok dan Sungai Sembrong di Batu Pahat, selain Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, masing-masing melebihi paras air berjaga-jaga, iaitu 15.96 meter, 10.04 meter dan 18.97 meter.

“Paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat pada paras bahaya, iaitu 6.00 meter.

“Paras air Sungai Endau, Mersing dan Sungai Muar di Buluh Kasap, Segamat, masing-masing melebihi paras air amaran, iaitu 8.76 meter dan 8.53 meter,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Di Pahang, banjir di daerah Raub pulih selepas keadaan cuaca baik sejak semalam membolehka­n semua mangsa yang berpindah akibat banjir sejak Selasa lalu, kembali ke rumah masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, semua pusat pemindahan sudah ditutup dan keluarga terakhir yang pulang ialah daripada PPS di Masjid Jamek Kuala Semantan jam 8.30 pagi semalam.

Katanya, Zainal berkata, hanya daerah Pekan yang masih mempunyai mangsa banjir, iaitu seramai 254 mangsa daripada 67 keluarga ditempatka­n di lima PPS.

 ?? [FOTO MOHD SAH MUDA/BH] ?? Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing, Mohd Youzaimi Yusof (tiga dari kiri) melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Tenglu, Mersing.
[FOTO MOHD SAH MUDA/BH] Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing, Mohd Youzaimi Yusof (tiga dari kiri) melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Tenglu, Mersing.
 ?? [FOTO IHSAN APM] ?? Anggota APM membantu memindahka­n penduduk kampung yang terbabit banjir di sekitar daerah Pitas.
[FOTO IHSAN APM] Anggota APM membantu memindahka­n penduduk kampung yang terbabit banjir di sekitar daerah Pitas.
 ??  ?? Ayub Rahmat
Ayub Rahmat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia