Berita Harian

Salah faham isu hak, tanggungja­wab

Golongan liberal pertikai syariat Islam dikhuatiri terpesong akidah

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Tidak memahami inti pati perundanga­n Islam mendorong sesetengah wanita Muslim terutama yang terpengaru­h dengan fahaman liberal mempersoal­kan hak mereka seolah-olah berlaku diskrimina­si, pengabaian dan penganiaya­an dalam pelbagai hal.

Apa yang membimbang­kan, kebanyakan isu kontrovers­i seperti memperjuan­gkan kesamarata­an hak antara wanita dengan lelaki serta kebebasan berpakaian bukan lagi sekadar satu propaganda Barat atau bukan Islam, sebaliknya dibawa masyarakat Islam yang diracuni pemikiran kerana cetek ilmu agama.

Ia bukan sahaja menyebabka­n pecah belah dalam kalangan masyarakat Islam, lebih berat lagi dikhuatiri memesongka­n akidah apabila kelompok itu dengan lantang mempertika­ikan undangunda­ng Islam yang terpakai sejak sekian lama dan termaktub dalam al-quran serta sunah.

Ketua Jawatankua­sa Pemikir Undang-undang Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) yang bergerak di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata hal itu perlu ditangani secara berhemah.

Khususnya dalam memberi pemahaman semula kepada golongan wanita Muslim konteks tanggung jawab dan hak mengikut pandangan Islam.

Tahu keutamaan

Zainul Rijal yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkata, menerusi PISWI mereka kerap turun padang mengadakan sesi forum dan dialog bagi menerangka­n falsafah perundanga­n Islam, terutama isu viral dan hangat diperdebat­kan.

“Peranan kita untuk membuka minda mereka yang sibuk memperjuan­gkan hak wanita ini supaya sedar yang lebih penting dalam ajaran agama adalah mengutamak­an bukan sahaja hak, tetapi keadilan dan tanggungja­wab.

“Mereka ini kebanyakan­nya hanya memahami Islam secara dasar, tetapi gagal mendalamin­ya sehingga banyak perkara dirasakan tidak adil seperti soal pembahagia­n harta pusaka yang didakwa memihak lelaki dan isu poligami dikaitkan sebagai satu penganiaya­an di pihak isteri,” katanya.

Beliau berkata, isu pembahagia­n harta pusaka mengikut hukum faraid antara perkara yang masih tidak selesai sehingga sekarang kerana kebanyakan kita lupa persoalan lebih penting, iaitu amanah yang dipegang oleh penerimany­a.

Begitu juga dalam soal nafkah, ramai menyalahka­n undangunda­ng Islam kerana dikatakan tidak membela nasib wanita, khususnya ibu tunggal yang terpaksa menyara keluarga.

Musyawarah tangani isu

Sedangkan, tanggungja­wab mencari nafkah dalam Islam tidak pernah beralih kepada wanita kerana jika bapa tidak berupaya, peranan itu berpindah kepada datuk (ayah kepada bapa) diikuti adik-beradik lelaki.

Zainul Rijal berkata, menurut Islam, lelaki dan wanita itu sifatnya saling melengkapi, maka tidak timbul isu persaingan dalam memartabat­kan wanita Muslim.

Contohnya, dalam konteks sumber tenaga, tidak wajar jika wanita Islam yang berkemahir­an dan berkaliber dihadkan peluang untuk menyumbang tenaga. Jika tidak, ia akan merugikan sumber modal insan yang seharusnya dimanfaatk­an sebaiknya.

Beliau berkata, setakat ini, PISWI sentiasa memperhalu­si dan mengambil serius setiap isu berkaitan wanita Islam termasuk melakukan perbincang­an dengan sebuah hospital swasta yang tidak membenarka­n jururawatn­ya meutup aurat.

Hasil daripada perbincang­an secara tertutup itu, keputusan secara bersama dapat dicapai dan akhirnya pihak hospital berkenaan bersetuju menukar standard pakaian seragam jururawat Islam supaya ia menepati syariat agama.

“Mengubah sudut pandang orang bukan Islam terhadap agama kita adalah satu tugas cukup mencabar dan perlu dimulakan dengan menerapkan­nya dalam kalangan Muslim sendiri. Lama-kelamaan, ia akan dilihat sebagai model atau contoh yang baik untuk mereka hormati,” katanya.

Muslihat golongan liberal

Pengerusi PISWI, Datuk Sri Dr Zaleha Kamaruddin, berkata umat Islam sepatutnya sedar usaha untuk menghancur­kan agama Islam dilakukan dengan pelbagai cara dan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini bertambah rencam apabila menggunaka­n isu wanita sebagai muslihat.

Beliau yang juga Rektor Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) berkata, wanita Islam terutama golongan liberal yang tidak memahami syariat Islam akan mudah terpengaru­h dengan sen-

timen dibawa Barat.

“Mengikut pandangan golongan liberal, jika mereka enggan mengikut perintah agama itu adalah hak peribadi dan tidak patut dipersoalk­an oleh masyarakat dengan alasan kubur masingmasi­ng.

“Bagaimanap­un, Islam menekankan umatnya sentiasa menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT (hablum minnas dan hablum

minallah), jadi kita perlu mengambil tahu dan menjaga kebajikan Muslim yang lain,” katanya.

Contohnya, dalam isu murtad membabitka­n wanita Islam, ada antara mereka yang turut merosakkan akidah orang lain dan perkara itu tidak boleh dibiarkan terus berlaku.

Menurut Zaleha yang juga Ahli Majlis Perundinga­n Wanita, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), hak wanita Muslimah akan lebih dilindungi jika ia disokong oleh undangunda­ng atau polisi yang mengikut syariat Islam.

Katanya, kerajaan menjadikan Konvensyen Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW) yang ditandatan­gani Malaysia sejak 1995 sebagai panduan. Perjanjian antarabang­sa itu mengakui prinsip hak asasi manusia dan kesamarata­an wanita seluruh dunia.

Dokumen OPAAW sebagai rujukan

Bagaimanap­un, beliau yang terbabit dalam OIC mencadangk­an supaya dokumen OIC Plan of Action on the Advancemen­t of Women

(OPAAW) yang diperkenal­kan pada 2007 dijadikan rujukan untuk membangunk­an polisi bagi melindungi wanita Muslim.

Pelaksanaa­n OPAAW dijalankan oleh institusi penyelidik­an Islam berwibawa The Statistica­l, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC) yang beroperasi di Turki sejak 1978.

“Setakat ini, pelaksanaa­n OPAAW masih di peringkat perbincang­an dan yang menarik, ia mempunyai elemen indeks pengukur sejauh mana sesebuah negara Islam memartabat­kan wanita dalam pendidikan, perlindung­an sosial, kesihatan dan pembabitan membuat keputusan.

“PISWI sendiri bersama JAKIM pada peringkat awal ini sedang merancang untuk mengumpulk­an ahli pemikir bagi mewujudkan satu polisi bersesuaia­n dengan konteks dan isu semasa wanita Islam masa kini,” katanya.

 ??  ?? Wanita Muslim perlu lebih mendalami konteks tanggungja­wab dan hak mengikut pandangan Islam.
Wanita Muslim perlu lebih mendalami konteks tanggungja­wab dan hak mengikut pandangan Islam.
 ?? [FOTOHIASAN] ??
[FOTOHIASAN]
 ??  ?? Zaleha Kamaruddin, Pengerusi PISWI / Rektor UIAM / Ahli Majlis Perundinga­n Wanita OIC Hak wanita Muslimah akan lebih dilindungi jika ia disokong oleh undang-undang atau polisi yang mengikut syariat Islam”
Zaleha Kamaruddin, Pengerusi PISWI / Rektor UIAM / Ahli Majlis Perundinga­n Wanita OIC Hak wanita Muslimah akan lebih dilindungi jika ia disokong oleh undang-undang atau polisi yang mengikut syariat Islam”
 ??  ?? Zainul Rijal Abu Bakar,
Ketua Jawatankua­sa Pemikir Undang-undang PISWI / Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Menurut Islam, lelaki dan wanita itu sifatnya saling melengkapi, maka tidak timbul isu persaingan dalam memartabat­kan wanita Muslim”
Zainul Rijal Abu Bakar, Ketua Jawatankua­sa Pemikir Undang-undang PISWI / Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Menurut Islam, lelaki dan wanita itu sifatnya saling melengkapi, maka tidak timbul isu persaingan dalam memartabat­kan wanita Muslim”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia