Berita Harian

Kebanjiran peniaga asing surut

Peniaga tempatan harap gerakan berterusan

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Lima tahun lalu, Anis Razak, 40, dari Negeri Sembilan berhijrah ke ibu negara dengan untuk membina kehidupan yang lebih selesa.

Berbekalka­n kemahiran yang ada, Anis, 40, bekerja sebagai tukang masak dan cuci serta mengambil upah mengurut secara tradisiona­l di sekitar Bukit Bintang, hingga mampu meraih pendapatan sehingga RM200 sehari.

Bagaimanap­un, kebanjiran warga asing dari Myanmar, Bangladesh, Kemboja, China dan Indonesia yang bekerja secara haram di sekitar kawasan bandar raya yang menjadi tumpuan pelancong itu, pendapatan­nya merosot kepada RM30 hingga RM50 sehari.

Persaingan yang dihadapi daripada warga asing, pernah membuatkan beliau pulang ke rumah dengan tangan kosong kerana ketiadaan pelanggan.

Namun, sejak kebelakang­an ini, kekerapan operasi dijalankan Jabatan Imigresen membantera­s pendatang asing tanpa izin, membantu meningkatk­an pendapatan beliau kepada tahap asal seperti yang pernah dinikmati masa lalu.

Waktu operasi tak menentu

“Selama ini, kami terpaksa bersaing dengan warga asing yang memonopoli pekerjaan di sekitar Bukit Bintang hingga sukar memperoleh pendapatan tambahan.

“Namun, susulan operasi Jabatan Imigresen, pendapatan kami meningkat apabila tiada warga asing yang menawarkan khidmat sama atau kerana mereka menyembuny­ikan diri bagi mengelak pihak berkuasa,” katanya kepada BH.

Pekerja tempatan yang mahu dikenali sebagai Zuraida, 35, berkata jadual operasi penguat kuasa yang tidak menentu dan sukar dijangka, menyebabka­n warga asing tanpa dokumen bimbang bekerja di ka- wasan terbabit.

“Kebimbanga­n itu menyebabka­n mereka yang tiada dokumen mula berpindah ke lokasi lain. Saya berterima kasih kepada Jabatan Imigresen kerana tindakan mereka sudah menampakka­n kejayaan dalam membantera­s pendatang di sekitar Bukit Bintang.

“Usaha berterusan pihak berkuasa menangani isu pendatang amat disokong kerana pertambaha­n bilangan mereka di negara ini bukan sekadar menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan tetapi juga menyebabka­n pertambaha­n aliran keluar wang ke negara masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata 1,635 warga asing ditahan di sekitar Bukit Bintang atas pelbagai kesalahan mengikut Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 sepanjang tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, warga Bangladesh paling ramai ditahan iaitu 579 orang diikuti Indonesia (378); Myanmar (151) dan 129 Vietnam.

“Seramai 42 majikan yang menjalanka­n perniagaan di Bukit Bintang ditahan atas kesalahan menggaji pendatang dalam tempoh yang sama,” katanya.

Saya mengalualu­kan kerjasama orang ramai untuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa agar tindakan boleh diambil segera” Mustafar Ali, Ketua Pengarah Imigresen

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Warga asing mempromosi perkhidmat­an urut di sekitar Bukit Bintang.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Warga asing mempromosi perkhidmat­an urut di sekitar Bukit Bintang.
 ??  ??
 ??  ?? Monopoli peniaga warga asing menjejaska­n ekonomi peniaga tempatan di sekitar Bukit Bintang.
Monopoli peniaga warga asing menjejaska­n ekonomi peniaga tempatan di sekitar Bukit Bintang.
 ??  ?? Wartawan BH menemubual peniaga tempatan.
Wartawan BH menemubual peniaga tempatan.
 ??  ?? Keratan akhbar BH 20 Oktober 2015.
Keratan akhbar BH 20 Oktober 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia