Berita Harian

Kementeria­n didakwa lambat bertindak

UNI-MLC dapati tiada SOP dalam kontrak larangan pakai tudung

- Oleh Syalikha Sazili

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabang­sa Malaysia (UNI-MLC) melahirkan rasa kesal terhadap kegagalan Kementeria­n Sumber Manusia mengambil tindakan terhadap pemilik hotel berhubung isu larangan bertudung kepada kakitangan masing-masing.

Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie Mammal, menyifatka­n aspek penguatkua­saan kementeria­n itu cukup lemah kerana masih menanti laporan dan aduan daripada kakitangan hotel terhadap diskrimina­si terbabit, sebelum sebarang tindakan boleh diambil.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjalanka­n siasatan terhadap isu larangan bertudung oleh pemilik hotel lima bintang di negara ini, malah mendapati tiada prosedur operasi standard (SOP) dalam kontrak pekerja mengatakan mereka tidak boleh mengenakan tudung.

Kenyataan lisan

“Saya berpendapa­t, mereka (pemilik hotel) hanya mendakwa mempunyai SOP yang mengatakan pekerja wanita tidak boleh memakai tudung. Ia hanya kenyataan secara lisan.

“Mengapa mereka berani mengeluark­an arahan seperti itu sedangkan tiada pun dinyatakan di dalam kontrak kerja mahupun surat lantikan bekerja mengenai larangan bertudung.

“Bukti laporan apa lagi yang Kementeria­n Sumber Manusia mahu jika pelbagai aduan dan gesaan dilakukan terhadap perkara ini? Saya mempunyai laporan terbabit, namun sekiranya ia dikemukaka­n secara terbuka saya khuatir mereka akan dibuang kerja,” katanya kepada BH.

Mohamed Shafie berkata, Kementeria­n Sumber Manusia tidak sewajarnya mengambil sikap berdiam diri dalam usaha memberi keadilan kepada wanita bertudung.

Katanya, Jabatan Tenaga Kerja juga sudah berusaha memanggil Persatuan Hotel Malaysia (MAH) untuk menyelesai­kan perkara itu, namun mereka seolah-olah kebal dan angkuh serta tidak menghadirk­an diri mahupun menghantar wakil.

Perlu diseragamk­an

“Jangan mempolitik­kan isu ini, kenapa kementeria­n hanya membentang­kan isu ini tanpa ada sebarang pelaksanaa­n?

“Ia perlu diseragamk­an, bukan hanya di hotel, tetapi dalam semua industri. Saya memuji hotel tiga dan empat bintang yang membenarka­n pekerja mereka memakai tudung, justeru hotel lima dan enam bintang patut berasa malu,” katanya.

Sebelum ini gesaan sudah dilakukan pelbagai pihak, termasuk 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili orang Melayu berhubung aduan diterima mereka daripada pekerja hotel wanita yang mendakwa dipaksa membuka tudung ketika bekerja.

Bagaimanap­un, masih tiada sebarang pelaksanaa­n berkaitan isu terbabit, sekali gus ramai wanita terpaksa akur dengan diskrimina­si ini.

Sementara itu, Presidenny­a Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, turut kecewa dengan MAH yang enggan tampil menyelesai­kan permasalah­an ini.

“Jabatan Tenaga Kerja sudah banyak kali mengadakan mesyuarat, namun MAH tidak hadir atau menghormat­i isu sensitif ini.

“Ini bukan isu kecil dan harap ia menjadi isu nasional supaya menjadi budaya untuk pekerja memakai tudung,” katanya.

Bukti laporan apa lagi yang Kementeria­n Sumber Manusia mahu jika pelbagai aduan dan gesaan dilakukan terhadap perkara ini?” Mohamed Shafie Mammal, Presiden UNI-MLC

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 25 November lalu.
Keratan akhbar BH 25 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia