Berita Harian

BERGERAK SENDIRI

Selepas dua dekad, kumpulan Sheila On 7 tinggalkan Sony Music

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Pasaran album yang tidak menentu berpunca jualan album fizikal yang semakin merudum memberi kesan kepada landskap industri muzik dan kumpulan penggiatny­a.

Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia, apabila syarikat rakaman atau label lebih berminat menghasilk­an single, bukannya album penuh.

Perubahan itu memaksa penyanyi berfikir cara lain dalam berkarya bagi memastikan survival mereka. Antara langkah strategik diambil termasuk bergerak sendiri tanpa bantuan syarikat rakaman. Itulah yang sedang dilakukan band dari Indonesia, Sheila On 7 (SO7).

Selepas dua dekad bernaung di di bawah payung Sony Music, kumpulan itu lebih selesa bergerak sendiri. Tiada sebarang perselisih­an faham berlaku, cuma keputusan itu dibuat selepas melihat perubahan dalam industri rakaman dalam kebangkita­n teknologi digital.

“Ketika mulamula menandatan­gani kontrak dengan Sony Music pada 1999, jualan fizikal seperti cakera padat dan kaset masih mendapat sambutan menggalakk­an.

Situasi berubah

“Bagaimanap­un, perlahanla­han, situasi berubah apabila aliran mendengar muzik lebih kepada digital, melalui muat turun dan penstriman.

“Sekarang, selepas kontrak rakaman lapan album bersama label itu tamat, tiga tahun lalu, barulah kami memutuskan untuk bergerak sendiri.

“Mereka menawarkan kami menyambung kontrak, tetapi terpaksa ditolak kerana tidak lagi relevan dengan situasi sekarang,” ujar gitaris utama kumpulan berkenaan, Eross Chandra pada sidang media Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di ibu negara, barubaru ini. Yang turut hadir, pemain bes SO7, Adam Muhammad Subarkah dan Penerbit Eksekutif Shiraz Projects Sdn Bhd, Shirazdeen Karim yang juga penganjur konsert.

Vokalis kumpulan yang terkenal dengan lagu Berhenti Berharap itu, Duta atau Akhdiyat Duta Modjo dan pemain dram, Brian Kresna Putro (dram), bagaimanap­un tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen lain.

Muafakat selesai masalah

Apabila memutuskan bergerak sendirian, ini bermakna, anggota SO7 perlu melalui fasa baharu dalam merencana perjalanan seni. Namun, semua itu dianggap pengalaman cukup berharga.

“Kalau dulu proses rakaman album dibantu label dan jurutera muzik, sekarang semuanya kami lakukan sendiri.

“Itu suatu proses pembelajar­an buat kami. Tidak mengapa, bagi kami tempoh dua tahun. Jika kami dapati bergerak sendiri itu sukar, mungkin kami akan kembali mencari syarikat rakaman untuk bernaung,” ujarnya.

Seperkara yang menarik mengenai kumpulan ini, selama 22 tahun bersama, mereka berjaya mengukuhka­n tali persahabat­an. Walaupun ada anggotanya datang bersilih ganti, namun mereka kekal bersatu tanpa bungabunga perpecahan.

Mengulas perkara itu, Adam berkata, sebagai sebuah kumpulan, bohonglah jika dikatakan tiada sebarang perselisih­an faham berlaku antara mereka.

Cuma mereka mengambil pendekatan terbaik untuk mengelak pergaduhan menjadi semakin buruk.

“Bergaduh tetap ada. Kadangkada­ng dalam urusan penerbitan lagu juga boleh menyebabka­n kami bergaduh.

“Kami akan selesaikan perkara itu secepat mungkin. Segala perasaan tidak puas hati akan dibawa berbincang.

“Keikhlasan kami bermain muzik membuatkan kami mengetepik­an soal remeh yang boleh membuatkan sesebuah band itu berpecah,” tegas bapa kepada tiga cahaya mata ini.

Edar borang kaji selidik

Dalam perkembang­an lain, Shirazdeen menepis dakwaan sesetengah pihak yang menganggap kumpulan yang pernah popular dengan lagu Kekasih Gelapku ini sudah tidak lagi relevan di Malaysia.

Shirazdeen berkata, SO7 masih mempunyai peminat berdasarka­n kaji selidik yang dilakukan sebelum menganjurk­an konsert berkenaan.

“September lalu, kami mengedarka­n borang tinjauan kepada kira-kira 100 peminat di Lembah Klang. Kami juga menggunaka­n kaedah agihan borang dan e-mel kepada peminat.

“Hasilnya mendapati, kebanyakan daripada responden memilih SO7,” katanya.

Tambah Shirazdeen, pihaknya menjanjika­n persembaha­n hebat dengan menitikber­atkan kepada sistem bunyi pada konsert itu.

“Kami menganggar­kan seramai 5,000 penonton dapat menghadiri konsert ini. Tanpa penataan bunyi yang bagus, artis hebat mana pun tidak boleh membuat persembaha­n,” katanya.

Konsert Sheila On 7 Live In Kuala

Lumpur akan diadakan di Starxpo Hall, KWC Fashion Mall, di sini pada 10 Februari depan.

Band itu dijangka mendendang­kan 20 lagu antaranya Sephia, Dan, Seberapa Pantas, Melompat Lebih

Tinggi dan Pria Terhebat.

Adam, Anggota SO7 Keikhlasan kami bermain muzik membuatkan kami mengetepik­an soal remeh yang boleh membuatkan sesebuah band itu berpecah”

 ?? [ FOTO AMIRUDDIN SAHIB / BH ] ?? Adam (kanan) dan Eross pada sidang media mengumumka­n konsert kumpulan dari Indonesia itu di ibu negara, baru-baru ini.
[ FOTO AMIRUDDIN SAHIB / BH ] Adam (kanan) dan Eross pada sidang media mengumumka­n konsert kumpulan dari Indonesia itu di ibu negara, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? SO7 bakal menemui peminat di Malaysia pada konsert yang diadakan Februari depan.
SO7 bakal menemui peminat di Malaysia pada konsert yang diadakan Februari depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia