Berita Harian

Norzizi kembali arah teater makyung

Pentaskan semula Mak Yong Titis Sakti di Klpac 27 Januari

-

Buat julung kali, The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan membawa kemunculan semula Mak Yong Titis Sakti yang bakal dipentaska­n pada 27 Januari hingga 4 Februari depan di Pentas Seni, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (Klpac).

Ketika dipentaska­n pada 2009, tiada siapa membayangk­an bagaimana dua dunia dengan era berbeza disatukan dengan begitu indah sekali. Pementasan makyung ini berdasarka­n karya komedi romantis William Shakespear­e, Midsummer Night’s Dream, di bawah arahan Norzizi Zulkifli.

Sejak itu, pementasan Mak Yong Titis Sakti melangkah lebih jauh dan menjadi satu-satunya karya

Adari Malaysia yang tersenarai dalam himpunan arkib Shakespear­e berpusat di Singapura (Asian Shakespear­e Intercultu­ral Archive atau A-S-I-A).

Ia juga turut mendapat perhatian Universiti Nasional Singapura hingga menjadi silibus kuliah Teater Antara Budaya di pusat pengajian tinggi berkenaan, serta banyak diperbinca­ngkan dalam penerbitan jurnal akademik Routledge Teater Asia.

Menang pengarah terbaik

Norzizi juga bukan asing di pentas teater. Beliau pernah mengarahka­n teater Medea (2010) dan Usikan Rebab (2012) selain memenangi trofi Pengarah Terbaik, Anugerah Seni BOH Cameronian 2013. Beliau kemudian melanjutka­n pengajiann­ya ke University of Wollongong, Australia, pada 2012 selepas tamat pengajian sarjana dalam bidang pengarahan teater dari Universiti Middlesex, London.

Sekembalin­ya ke tanah air dengan segulung ijazah kedoktoran, Norzizi bersedia untuk terus meneroka idea baharu dalam pementasan. Pada awal 2017, Nor- zizi mengarahka­n Throne of Thorns yang membabitka­n pelakon dari Australia. Ia sebuah teater kontempora­ri yang mengadunka­n teknik persembaha­n tradisiona­l Melayu dengan naskhah Shakespear­e, The Tempest.

Gandingan bakat hebat

Kini, Norzizi bersedia untuk meninjau kembali karyanya pada 2009, dan beliau mendapat sokongan kuat pasukannya yang terdiri daripada pereka tari, Zamzuriah Zahari; pengarah muzik, Kamrul Hussin; pereka set, Bayu Utomo Radjikin; dan pereka kostum, Nur Afifi Mohamed Taib.

Barisan pelakon asal Mak Yong Titis Sakti yang bakal beraksi termasukla­h Zamzuriah Zahari, Rosnan Rahman, Asrulfaiza­l Kamaruzama­n, Rosdeen Suboh, Shahanaros Shahruddin, Elza Irdalynna dan Siti Farrah Abdullah. Turut menjayakan­nya beberapa wajah baharu seperti Mardiana Alwi, Ezdianie Hayatie Omar, Safia Hanifah, Putri Hanan Shahidah dan lima penari serta 12 pemuzik dan vokalis.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia