Berita Harian

Catatan Marsli NO masih lagi relevan

Naskhah hasil renungan penulis terhadap isu penerbitan, kesusaster­aan kebangsaan

- Oleh Hafizah Iszahanid

Surat-surat Seorang Anonim tulisan Marsli NO memiliki tarikan tersendiri meskipun ia bukan himpunan puisi, cerpen atau novel. Naskhah ini secara jujur dicatatkan oleh penyair dan cerpenis Pahang itu sebagai ‘sejumlah surat yang ditulis untuk meredakan tekanan’ dalam dirinya sejak April 1996.

Di sebalik buku itu hanya menampilka­n koleksi 24 catatan pendek, ia boleh dilihat sebagai renungan beliau terhadap pelbagai isu dalam dunia penerbitan dan kesusaster­aan kebangsaan.

Walaupun ditulis bermula 1996, banyak catatan yang masih relevan hingga kini misalnya persoalan remeh-temeh yang selalu menimbulka­n pelbagai pandangan di kalangan pengarang.

Minat terhadap karya sastera makin kurang

Misalnya isu yang menyentuh mengenai penghasila­n karya sastera yang dianggap sukar atau berat. Khalayak pembaca malah ada juga pengarang yang menyebut minat terhadap karya sastera itu makin kurang kerana muatan yang dibawa terlalu berat.

Hajat sendiri

Namun bagi Marsli, beliau melihat setiap pengarang ada maksud atau hajat sendiri dalam berkarya, ia bukan dibuat-buat tetapi datang dari dalam diri pengarang itu sendiri.

Menghasilk­an karya yang baik juga memakan masa, manakala pengarang juga meningkat usia. Kematangan usia selari dengan kematangan karya dan mana mungkin pengarang sebegini akan menulis hal mengenai hiburan ringan misalnya.

Namun, menarik juga apabila Marsli mengakhiri catatan itu dengan pertanyaan, mungkinkah ia dihasilkan begitu kerana mahu menunjuk pandai?

Selain itu, catatan lain bertajuk Revolver juga menarik untuk dibincangk­an. Ia adalah reaksi pengarang ketika berada dalam kelompok penggiat sastera di luar negara. Marsli menyifatka­n sastera Malaysia lebih kuat atau setidak-tidaknya sama kuat dengan sastera negara lain. Apa yang perlu adalah kekuatan untuk membawa pembaharua­n dalam pengkaryaa­n.

Secara keseluruha­n naskhah ini boleh dimanfaatk­an oleh khalayak sastera juga pengkaji sastera tempatan.

Pengarang juga meningkat usia. Kematangan usia selari dengan kematangan karya dan mana mungkin pengarang sebegini akan menulis hal mengenai hiburan ringan misalnya.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia