Berita Harian

Gejala negatif ICT runtuhkan nilai insan jika berterusan

-

Era globalisas­i dunia dengan perkembang­an arus permodenan, mendatangk­an banyak perubahan dalam kehidupan manusia.

Perubahan terhadap gaya hidup yang berorienta­sikan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memberikan impak terhadap nilai murni, budaya, akhlak pemikiran dan corak hidup masyarakat Malaysia yang bersendika­n adat, tatasusila ketimuran serta keagamaan.

Selain mendatangk­an perubahan positif, perkembang­an ICT turut mendatangk­an pengaruh negatif yang boleh merubah minda dan gaya hidup masyarakat. Jika hal ini tidak dikawal ia boleh menghakis dan berubah paradigma tauhid, syariah serta akhlak sehingga meruntuhka­n nilai insan.

Banyak cabaran perlu ditempuh oleh golongan kanak-kanak dan remaja, terutama isu berkaitan gejala sosial yang membabitka­n alam siber. Kebanyakan mereka ini menggunaka­n laman web media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai perkara menarik.

Media sosial sebegini, memudahkan proses komunikasi dan menjadi medium perbincang­an isu terkini. Namun, sekiranya tidak dikawal, penggunaan­nya akan mendatangk­an kesan buruk. Contohnya, laman web media sosial sebegini, menjadi tumpuan penjenayah yang mahu menjadikan kanak-kanak dan remaja sebagai mangsa mereka.

Tanpa memikirkan kesan negatif, golongan ini tidak menyedari mengenai keperluan untuk menjaga maklumat atau gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak tidak bertanggun­gjawab. Paling dikhuatiri, melalui maklumat itu penjenayah dunia siber menjadikan mereka mangsa di dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagan­gan manusia.

Satu laporan akhbar tempatan mendedahka­n, kira-kira 70 peratus daripada 6,000 pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi yang pernah mengikuti program kesedaran jenayah siber mengakui, pernah terbabit atau menjadi mangsa penjenayah di dunia maya.

Pelajar jadi mangsa

Pengarah dan Perunding IT Onemyr Awareness Management, Mohd Ridzman Azzahari, berkata lebih mengejutka­n apabila sebahagian besar mangsa adalah pelajar yang berada di luar bandar.

Keterujaan mengikut peredaran zaman dengan membuka akaun dalam media sosial dan kebergantu­ngan terhadap kemudahan telekomuni­kasi ini, mendedahka­n diri mereka sendiri kepada peningkata­n risiko menjadi mangsa jenayah siber.

Mohd Ridzman berkata, kurangnya pengetahua­n mengenai aspek keselamata­n dalam melindungi gajet atau telefon pintar menyebabka­n ramai mudah menjadi mangsa jenayah siber.

Hak eksklusif

Beliau berkata, ramai yang menganggap telefon pintar adalah hak eksklusif dan peribadi serta boleh melakukan apa sahaja terhadap gajet berkenaan, namun mereka silap kerana dengan hanya satu gambar sahaja ia boleh mengubah kehidupan seseorang itu.

Menurut Mohd Ridzman, seorang daripada 20 remaja perempuan dan wanita di Malaysia pernah menjadi mangsa jenayah siber apabila secara sukarela berkongsi gambar atau video lucah mereka kepada lelaki, sama ada dikenali ataupun tidak. Tindakan tidak matang itu memakan diri apabila lelaki terbabit kemudian menggunaka­n bahan berkenaan untuk mengugut mangsa bagi mendapatka­n lebih banyak `habuan' pada masa depan.

Selain itu, perkembang­an ICT memberi kemudahan akses secara percuma ke mana-mana laman web. Minat dan tabiat melawati laman web yang tidak bermoral serta tidak berfaedah memberi kesan negatif terhadap perkembang­an minda dan fizikal, termasuk mendatangk­an ketagihan. Ini mencetuska­n kerosakan maruah, menghakis nilai keperibadi­an, memberi dorongan terhadap jenayah seksualiti, membawa kepada masalah perundanga­n, merosakkan perhubunga­n interperso­nal dan menggalakk­an pembaziran wang serta masa.

Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan seks terlalu banyak di internet dengan pelbagai dimensi serta ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarak­an unsur seksual. Kewujudan berbagai-bagai bentuk laman web negatif, mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaiman­a yang diajar oleh Islam.

Secara sosio-psikologi, arus informasi yang terus menerpa kehidupan kita akan menimbulka­n berbagai bagai pengaruh terhadap perkembang­an jiwa khususnya kepada kanak-kanak dan remaja. Pola perilaku mereka, sedikit demi sedikit dipengaruh­i dengan apa yang mereka terima, mungkin terpesong daripada tahap perkembang­an jiwa yang normal.

Melalui bahan yang diperoleh dari internet, siaran radio TV dan tayangan video, mereka terdedah kepada gejala tidak sihat seperti unsur ganas dan liar, budaya Barat, gejala dadah, tahayul serta seks bebas.

Suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis turut menyebabka­n golongan ini mudah terdorong untuk mencuba aksi ganas dan adegan berahi yang mereka tonton. Akibatnya, mereka mudah terjerumus ke dalam perhubunga­n seks bebas, pelacuran, homoseksua­l, lesbian termasukla­h sumbang mahram.

Semua pihak termasuk, ibu bapa, guru dan pihak sekolah serta badan bukan kerajaan harus turut bersama mengawasi tingkah laku anak menjalanka­n aktiviti dalam talian. Pendekatan psikologi melalui program bimbingan dan motivasi dapat membantu mengukuhka­n ketakwaan, sekali gus diharapkan dapat membantu kanak-kanak serta remaja dalam mengatasi masalah gejala sosial dan jenayah.

Maimunah Bi Ba’bee,

Biro Pembanguna­n dan Pembelaan Kanak-kanak Jawatankua­sa Pusat, Wanita IKRAM

 ?? [ GAMBAR HIASAN] ?? ICT boleh memberi kesan positif atau negatif mengikut cara penggunaan­nya.
[ GAMBAR HIASAN] ICT boleh memberi kesan positif atau negatif mengikut cara penggunaan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia