Berita Harian

Apabila cukai tahunan lebih membebanka­n daripada harian

- Suffian Hamzah, Gombak

kos sara hidup kebiasaann­ya banyak dipolitikk­an hingga terlalu mudah untuk melabel sesuatu perkara itu sebagai puncanya.

Apa yang biasa berlaku ialah kecenderun­gan orang ramai mudah mempercaya­i sebab tertentu seperti Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang kerap dikemukaka­n pihak tertentu.

Jadi, pandangan seorang profesiona­l dan berpengala­man dalam politik ekonomi seperti Pegawai Khas kepada Perdana Menteri amatlah membuka mata ramai pihak dalam isu itu, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.

Perkara yang mungkin ramai tidak sedari dan mengejutka­n ialah pihak yang sering menyalahka­n GST atau dasar lain oleh Kerajaan Persekutua­n, turut bertanggun­gjawab atas kenaikan kos sara hidup.

Itulah mesej artikel pegawai berkenaan kepada orang ramai. Jika tidak mahu percaya sekalipun kita sepatutnya mengkaji pandangan beliau terlebih dulu.

Asas hujah beliau mudah untuk difahami. Jika kadar cukai berkaitan hartanah tinggi, ia memakan pendapatan pemilik atau pembeli rumah hingga mengurangk­an kuasa membeli mereka.

Cukai hartanah tinggi

Artikel yang disertakan grafik menunjukka­n kadar cukai dua negeri itu jelas menunjukka­n sejauh mana peningkata­n cukai berkaitan hartanah melonjak selepas kerajaan negeri Pakatan mula mentadbir.

Adalah jelas pemimpin pakatan terlalu mudah membuat dakwaan dalam isu kos sara hidup. Pendedahan oleh Isham Jalil wajar memberi pengajaran kepada semua supaya menilai secara lebih meluas sesuatu perkara sebelum mempercaya­inya.

Jika cukai hartanah dapat dikurangka­n tentu ia membantu pembeli dan pemilik rumah secara umumnya.

Agak menjengkel­kan juga bagaimana seseorang yang suka menyalahka­n orang lain dalam isu ini boleh pula menaikkan gaji sendiri hingga melebihi gaji Perdana Menteri. Apakah dengan cara itu sahaja beliau dapat mengelak daripada terjejas dengan kos sara hidup?

Bagaimana dengan orang lain yang tidak ada keupayaan menaikkan gaji sendiri? Apa agaknya nasihat beliau?

Rakyat Selangor dan Pulau Pinang patut mengkaji semula sama ada wajar terus memberi sokongan kepada pakatan kerana nyata mereka hanya pandai berjanji, bak pepatah, menanam tebu di tepi bibir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia