Berita Harian

17 maut, 17 hilang dalam banjir lumpur

-

Santa Barbara: Angka kematian akibat banjir lumpur di pesisiran pantai California Selatan meningkat kepada 17 orang selepas dua lagi mayat ditemui kelmarin.

Polis tempatan berkata, jumlah mangsa yang hilang turut meningkat kepada 17 orang.

Katanya, tambahan dua mayat itu ditemui ketika 500 anggota penyelamat bersama anjing pengesan, helikopter dan peralatan pengimejan haba, mencari mangsa di bawah timbunan lumpur sedalam paras pinggang.

Sementara tiga mangsa lagi berjaya diselamatk­an daripada serpihan runtuhan kelmarin, namun identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti.

“Kami sedar usaha mencari dan menyelamat semakin sukar serta mengambil masa yang panjang,” kata Sherif daerah ini, Bill Brown kepada media.

Rumah selebriti

Jurucakap Jabatan Bomba Amber Anderson, berkata lumpur yang mengalir melalui kaki bukit dan lembah antara Lautan Pasifik dan Hutan Simpan Los Padres memusnahka­n 100 kediaman, selain ratusan bangunan serta mencederak­an 28 mangsa.

Katanya, ia turut menyebabka­n keduadua laluan lebuh raya utara selatan di sepanjang pan tai, Route 101 ditutup dan dijangka dibuka semula, minggu depan.

Antara hartanah yang rosak adalah hotel bersejarah serta rumah selebriti termasuk personalit­i televisyen, Oprah Winfrey dan hos rancangan bual bicara, Ellen Degeneres, keduaduany­a menetap di kawasan mewah tepi bukit di Montecito, Los Angeles.

 ?? [ FOTO EPAEFE ] ?? Gambar dari udara menunjukka­n aliran lumpur akibat hujan lebat merosakkan kediaman di Montecito, California, kelmarin.
[ FOTO EPAEFE ] Gambar dari udara menunjukka­n aliran lumpur akibat hujan lebat merosakkan kediaman di Montecito, California, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia