Berita Harian

Neymar terus pamer bisa

Gol penalti bantu PSG melangkah separuh akhir

-

Neymar menjaringk­an penalti pada separuh masa kedua dalam aksi yang menyaksika­n juara empat kali, Paris Saint-germain (PSG) dipaksa bekerja-keras sebelum menewaskan Amiens 2-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Liga Perancis, kelmarin.

PSG sekali lagi beraksi tanpa penjaring terbanyak mereka, Edinson Cavani yang turut terlepas perlawanan pada Ahad lalu menewaskan Rennes selepas pulang lewat menyambut Krismas dan Tahun Baharu di Uruguay.

Harapan Amiens mencipta kejutan menjadi lebih sukar apabila penjaga gol, Regis Gurtner mendapat kad merah pada minit ke-34 selepas mengasari Kylian Mbappe di luar kotak penalti.

Jaring penalti

Neymar menjadikan situasi lebih sukar buat lawan selepas menjaringk­an penalti pada minit ke-53 dalam aksi di Stade de la Licorne.

Sebelum itu, Mbappe hampir menjaringk­an gol namun percubaann­ya diselamatk­an penjaga gol gantian, Jean-chris- tophe Bouet.

Adrien Rabiot memastikan kemenangan PSG melalui tandukan pada minit ke-78 hasil tendangan sudut Angel Di Maria.

Dalam perlawanan lain, Montpellie­r menewaskan Angers 1-0 hasil jaringan lewat Isaac Mbenza dan Adrien Hunou muncul wira Rennes selepas menjaringk­an dua gol menewaskan Toulouse 4-2.

Monaco pula pasukan pertama mara ke separuh akhir semalam selepas menewaskan Nice 2-1 hasil jaringan Thomas Lemar dan Adama Diakhaby di Allianz Riviera. AFP

 ??  ?? Neymar (tengah) menggelece­k untuk melepasi dua pemain Amiens dalam saingan Piala Liga Perancis yang dimenangi PSG 2-0, kelmarin.
Neymar (tengah) menggelece­k untuk melepasi dua pemain Amiens dalam saingan Piala Liga Perancis yang dimenangi PSG 2-0, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia