Berita Harian

Langkah Nicol terkandas

Pemain Mesir tunjuk jalan keluar di suku akhir

- Oleh Devinder Singh

Perjalanan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David di kejohanan Masters Wanita Arab Saudi berakhir pada peringkat suku akhir selepas tewas kepada Nour El Tayeb di Riyadh, kelmarin.

Pemain kelahiran Mesir, Nour menang dalam pertarunga­n tiga set, 117, 1412, 119 yang juga kemenangan sulungnya ke atas lawannya itu dalam 10 pertemuan sebelum ini.

Kemenangan itu meletakkan Nour ke kelompok empat terakhir bersama rakan senegara, Nour El Sherbini, Raneem El Weleily dan Nouran Gohar dalam aksi separuh akhir yang semuanya menemukan pemain dari Mesir.

Dinafi ke separuh akhir

Kekalahan itu juga menyaksika­n Nicol yang kini menghuni ranking nombor enam dunia sekali lagi dinafikan tempat ke peringkat separuh akhir Siri Jelajah PSA (Persatuan Skuasy Profesiona­l) sejak Terbuka British pada Mac tahun lalu.

“Saya kehilangan katakata. Ini kali pertama saya meraih kemenangan ke atas legenda sukan ini.

“Tiada katakata untuk menggambar­kan Nicol. Dia adalah alasan mengapa perlawanan hari ini (kelmarin) menjadi kenyataan. Saya amat bangga,” kata Nour yang menduduki ranking tujuh dunia.

Kegagalan Nicol yang juga pemenang lapan kali gelaran dunia untuk menyempurn­akan tiga mata akhir pada set kedua ketika sedang mendahului 108 dan 1211 dilihat menjadi titik tolak kekalahann­ya pada perlawanan itu.

Selepas ini, Nicol akan mengharung­i aksi Kejohanan JuaraJuara yang dijadual bermula di New York pada 20 Januari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia