Berita Harian

Uranus terus rapati pendahulu

-

Langkawi: Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Uranus terus merapatkan jurang dengan pendahulu kelas Racing Regatta Antarabang­sa Diraja Langkawi (RLIR) 2018 yang juga juara bertahan, THA72.

Uranus yang dikendalik­an Salleh Ahmad memenangi Perlumbaan 4, manakala THA72 berada di tangga kedua.

Jurumudi pasukan dari Thailand itu, Tom Whitcraft mengakui kelebihan kini memihak pasukan tempatan bagi Laluan Mengelilin­gi Pulau, hari ini.

Kemenangan sulung Uranus itu meletakkan mereka semakin menghampir­i THA72, dengan hanya dibezakan dua mata ketika edisi ke16 sudah pun memasuki pertengaha­n saingan.

“Tidak ada masalah teknikal,” kata Whitcraft. “Perlumbaan yang sukar hari ini (semalam) kami bermula dengan baik namun pada satu ketika, tiada tiupan angin.

“Ia memberi ruang kepada pasukan di belakang dan sudah tentunya, pasukan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (Uranus) bijak mengambil peluang itu,” katanya.

Perbaiki kedudukan

Selepas empat perlumbaan, THA72 masih memegang status pendahulu keseluruha­n, dengan lima mata, manakala Uranus di tangga kedua (tujuh mata).

Sebuah lagi pasukan ATM dalam kelas ini, Zuhal memperbaik­i kedudukan dengan kini berada di tangga ketiga keseluruha­n (14 mata), manakala bekas juara 2016, Alive berada di tangga tercorot (15 mata).

Sementara itu, juara bertahan kelas IRC1, Mata Hari kembali menghidupk­an peluang untuk memburu gelaran keempat berturuttu­rut dalam selepas berakhir Pusingan 4, semalam.

Meskipun menerima tentangan sengit daripada pesaing utama, Char Chan pada dua perlumbaan awal, pasukan kendalian Vincent Chan dilihat kembali menemui rentak diinginkan selepas memenangi Perlumbaan 3, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia