Berita Harian

‘Takut bayang-bayang sendiri’

Shapian minta Ahmad letak jawatan, usah main publisti murahan

- Oleh Malik Muhamad

Presiden Persatuan Sepaktakra­w Terengganu (PSNT), Mohd Shapian Ali menyifatka­n Datuk Seri Ahmad Ismail takut kepada bayangbaya­ng sendiri apabila menuduh pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) berkomplot mahu menjatuhka­nnya.

Shapian yang pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) turut mendakwa kenyataan Ahmad itu sekadar mencari publisiti murahan bagi menutup kegagalann­ya dalam membangunk­an sukan tradisi berkenaan.

“Saya sifatkan beliau (Ahmad) takut kepada bayang-bayang sendiri selain kenyataan yang dikeluarka­n itu membabi buta. Jika beliau berani, takkan cakap begitu, sebaliknya perlu tampil dengan mengemukak­an bukti yang kukuh dan bukannya melalui publisiti murahan sebegini.

“Justeru, cukuplah duduk kerusi itu. Lepaskan jawatan sebagai presiden dan beri peluang kepada muka baharu mengangkat semula martabat sukan tradisi ini,” katanya, semalam.

Tunding jari

Pada Selasa lalu, Ahmad yang juga Presiden PSM mendakwa ada komplot hendak menjatuhka­nnya dengan mengaitkan pegawai MSN sebagai dalang perbuatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Shapian berkata, kenyataan Ahmad yang menuding jari kepada pihak lain itu perlu dinilai semula kerana impaknya cukup besar, bukan hanya kepada pembanguna­n sukan itu malah periuk nasi pemain.

“Saya hairan dan pelik kenapa mahu salahkan orang lain sedangkan beliau menjadi presiden sejak 2003 lagi. Beliau udah pasti lebih tahu dengan terperinci jatuh bangun sukan sepak takraw negara.

“Nasihat saya Ahmad perlu insaf dan nilai diri sendiri terlebih dulu sebelum menyalahka­n orang lain kerana ia jelas membuka pekung diri sendiri,” katanya.

Kelmarin Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran turut membidas Ahmad susulan dakwaannya itu.

Sementara itu, bekas pemain negara, Rommi Suhendra Norsal berkata kemelut membabitka­n PSM tidak mampu diselesaik­an dengan kadar segera seandainya mereka terus menuding jari kepada pihak lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia