Berita Harian

22 negara sah sertai saingan di Nilai

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai dari 16 hingga 20 Februari ini mendapat sambutan hangat apabila lebih separuh ahli gabungan sudah mengesahka­n penyertaan.

Perkembang­an berkenaan disahkan Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India menjadi negara terakhir yang mengesahka­n penyertaan.

“Jadi, secara keseluruha­n terdapat 22 negara yang bersaing di Nilai nanti. Walaupun Konfederas­i Berbasikal Asia (ACC) mempunyai 42 ahli gabungan, tidak semua negara mempunyai pelumba trek,” katanya semalam.

Kejohanan peringkat elit berkenaan memasuki edisi ke-48 dengan negara kuasa besar lain seperti Jepun, Korea Selatan, China, Hong Kong dan Kazakhstan sudah mengesahka­n penyertaan selain Malaysia yang bakal mempertaru­hkan juara keirin dunia 2017, Azizulhasn­i Awang.

Pada masa sama, ia turut mempertand­ingkan edisi ke-25 bagi kategori remaja dan paracyclin­g buat kali ketujuh dengan keseluruha­n dijangka membabitka­n lebih 500 pelumba.

Kenakan tiket

Sementara itu, Abu Samah turut menjelaska­n pihaknya bercadang untuk mengenakan tiket kepada penonton yang mahu menyaksika­n perlumbaan terbesar di Asia berkenaan.

“Kami masih meneliti harga tiket namun ia tidak terlalu mahal kerana matlamat adalah untuk menarik penonton sebanyak mungkin memenuhi Velodrom Nasional terutamany­a dalam memberi sokongan kepada pelumba negara,” katanya.

ACC adalah kejohanan kedua terbesar berlangsun­g di Velodrom Nasional selepas Sukan SEA Ogos tahun lalu dengan penonton dikenakan tiket serendah RM10 sehingga RM20.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia