Berita Harian

Gandingan Peng Soon-liu Ying cemerlang

-

Kuala Lumpur: Gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soongoh Liu Ying semakin menunjukka­n taring sebenar mereka, walaupun baru berganding­an semula tahun ini.

Ini terbukti apabila berjaya mara ke suku akhir saingan badminton Masters Thailand selepas menumpaska­n gandingan Yantoni Edy Saputramar­sheilla Gischa Islami dari Indonesia semalam.

Dalam aksi pusingan kedua itu, Peng SoonLiu Ying yang diletakkan sebagai pilihan kelima berjaya mencatatka­n kemenangan set terus 2114, 2119.

Menurut Liu Ying, aksi mereka semalam lebih baik dari kelmarin dan berharap mampu meneruskan momentum hari ini seterusnya mara ke perlawanan separuh akhir.

Peng Soonliu Ying bakal berdepan pilihan ketiga, Swan Serasinghe­setyana Mapasa di suku akhir hari ini selepas gandingan Australia itu menumpaska­n Ronald Ronaldmych­elle Crhystine Bandaso (Indonesia) 2119, 2118.

Pilihan ketiga terpaksa berhempas-pulas

Mengikut jejak mereka ialah satu lagi gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jiepeck Yen Wei yang menumpaska­n gandingan Perancis, Bastian Kersaudyle­a Palermo 217, 2111.

Tang Jieyen Wei yang turut digandingk­an buat kali pertama tahun ini akan menentang Akbar Bintang Cahyonowin­ny Oktavina Kandow dari Indonesia, hari ini.

Sementara itu, pilihan ketiga dalam beregu wanita, Chow Mei Kuanlee Meng Yean terpaksa berhempasp­ulas untuk mencatat kemenangan 2118, 1521, 217 ke atas Yulfira Barkahnity­a Krishinda Maheswari dari Indonesia, seterusnya mara ke suku akhir hari ini.

Pemain perseorang­an wanita negara, Soniia Cheah juga berjaya meneruskan rentak cemerlang apabila mengalahka­n wakil tuan rumah, Thamolwan Poopradubs­il 2114, 2110.

 ??  ?? Chan Peng Soon-goh Liu Ying mara ke suku akhir saingan badminton Masters Thailand.
Chan Peng Soon-goh Liu Ying mara ke suku akhir saingan badminton Masters Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia